

Langkah kerajaan perpaduan ini sedikit sebanyak dapat mengimbangi pengaruh Anwar dalam PAS. Adakah PAS kini tidak mengiktiraf mereka yang dianggap ulama? Presiden dan Timbalan Presiden pun boleh disanggah apa lah lagi ahli di akar umbi, apalah lagi orang Islam lain yang tidak berparti?
PAS terbukti terkena tempias Anwarisme. Kini PAS lebih menyokong PKR dan DAP daripada pucuk pimpinan mereka sendiri. PAS terbukti lebih mengasihi DAP daripada orang Islam sendiri.
Hari ini PAS menambah syarat untuk Kerajaan Perpaduan dan muzakarah lagi. Perbincangan perlu bersama-sama dengan PKR dan DAP? Adakah BN bersedia untuk berbincang dengan orang yang mahukan Malaysian Malaysia, yang antara lain mencabar agama Islam sebagai agama rasmi, mencabar kedudukan Bumiputera, dan menidakkan Perlembagaan Malaysia?
Saya ibaratkan hubungan UMNO dan PAS seperti carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga. Walaupun saya sedar, PAS tidak betah bertahan lama dalam satu ‘hubungan’ politik. Saya ibaratkan PAS seperti seorang lelaki, yang sudah bercerai 3 kali, dan mahu kembali dengan isteri pertama yang pernah dia cintai, walaupun perkahwinan pertama tak sampai 4 tahun, tetapi setelah perkahwinan ke-2 dan ke-3 gagal, dia rasakan isteri pertama itulah jodohnya.
Yang pasti MCA dan DAP cukup takut dengan perpaduan orang Islam dan Melayu. Hikmah dari cadangan ini membuka mata dan minda hampir semua orang Islam. Hikmahnya juga menunjukkan betapa TG Nik Aziz tidak mahu penyatuan ummah dan rela tidur sebantal dengan DAP. TG Nik Aziz juga lebih rela bersama dengan orang yang mencabar agama Islam sebagai agama rasmi, mencabar kedudukan Bumiputera, dan menidakkan Perlembagaan Malaysia.
Kini, saya tertanya-tanya, apakah perjuangan PAS? Saya percaya dengan kalimah bismillah. Apa sahaja yang kita lakukan apabila dimulakan Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang adalah kerana Allah Taala. Semoga kita semua berada di dalam keredhan-Nya. Amin.
Melayu dikatakan racist bila mengulangi kembali kata-kata Presiden MCA dan MIC 50 tahun dahulu. Tetapi, bila dia kata "Melayu pendatang dari Indonesia" adalah freedom of speech.
Melayu dikatakan racist bile memperjuangkan haknya, negara Islamnya dan tanah airnya. Tetapi, bila dia kata "PAS dan UMNO tak wajar bersatu" adalah freedom of speech.
Kita perlu jadi RACIST untuk jaga hak kita (biasiswa), agama kita (Islam agama rasmi) dan negara MALAYSIA! Cakaplah aku racist, Melayu memang racist, tapi kau orang pun sama racist!
Kenapa ada double standard? Kenapa Bangsa Melayu, Racist; Kenapa Bangsa Lain, Freedom of Speech?
Kononnya inginkan keadilan dan ketelusan. Tapi baru setahun memerintah di beberapa negeri, terbukti lagi teruk racist!
Habis tuh mana check and balance nya? Mana kempen Tak Nak dan Bersih nya? Sungguh mengelirukan sekali. Macam kerajaan Palestin lah ye? Tapi unity government di Palestin terbukti cukup tidak berkesan. Cara DS Hadi Awang menggambarkan Unity Government adalah seperti komposisi Barisan Nasional. Kalau begitu, apa kata PAS menyertai Barisan Nasional?
Petikan dari Harakah 3.
Tak habis-habis dengan fahaman Anwarisme. Oh, objektif utama Kerajaan Perpaduan ialah untuk masuk TV banyak-banyak. Adakah begitu? Gila glamour jugak DS Hadi ni ala-ala selebriti pula?
Petikan dari Harakah 4.
Petikan dari Harakah 5.
Tak habis-habis dengan fahaman Anwarisme. Kalau benar PAS ikhlas, kenapa apabila DS Tajol Rosli menawarkan pembentukan Kerajaan ‘Islam’ di Perak, PAS lebih rela bermadu kasih dengan DAP daripada menyambut tangan yang dihulurkan DS Tajol Rosli?
Yang pasti, tidak ada satu pun daripada penerangan DS Hadi Awang menyatakan Kerajaan Perpaduan adalah untuk menegakkan Islam dan menuju perpaduan ummah. Perlu diingat petikan temuramah tersebut adalah dari lidah rasmi PAS. Jadi, memang takde spin apa pun. Tulen. Kerajaan Perpaduan versi DS Hadi Awang ialah satu lagi kaedah selain 916. Justeru, Pakatan Riot boleh sambung bertepuk-tepuk girang dan jalan ke Putrajaya masih 'terang'!
-Awang Selamat
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :
Selagi nyawa dikandung badan, saya berikrar untuk berjuang demi agama, bangsa dan negara.
Selagi Pakatan Rakyat belum boleh bersepakat dan berjanji untuk mewujudkan keamanan di Malaysia selagi itu saya akan terus berjuang.
1. Saban hari dengan demonstrasi, melemahkan jati diri polis, mengangkat penjenayah sebagai hero, memperjuangkan nasib penjenayah dan setingggan. Contohnya di sini.
2. 3 ideologi dalam pakatan rakyat yang tidak mungkin akan bersatu, Pas dengan ideologi negara Islamnya (?), PKR dengan dasar liberalnya dan DAP dengan chauvinst nya. Tidak ada sekelumit pun hati DAP untuk Melayu dan Islam. DAP adalah parti serpihan PAP yang kini memerintah Singapura. Saya kasihan kepada saudara seIslam di Singapura yang tidak berpeluang mendengar azan berkumandang.
3. Di Perak, saban hari mengganggu pentadbiran dan menjejaskan ekonomi negeri Perak dengan sidang DUN di bawah pokok, bertindak samseng dalam DUN, mogok lapar dan kempen bergelap (?).