Monday 8 June 2009

Kerajaan Perpaduan – Untangled the Confusion

Jangan tertipu dan menipu lagi. Brave men don’t lie. Only cowards do. Talk is cheap.

Kalau benar PAS ikhlas, kenapa apabila DS Tajol Rosli menawarkan pembentukan Kerajaan ‘Islam’ di Perak, PAS lebih rela bermadu kasih dengan DAP daripada menyambut tangan yang dihulurkan DS Tajol Rosli?

All in all, saya merasakan ini cuma helah DS Hadi sahaja. Saya rasa ia adalah kaedah 'fast track' ke Putrajaya. (Selain kaedah 916). Saya ibaratkan helah ini sama sahaja dengan pemberian tajuk cerita filem atau buku. Contohnya buku, "Why beautiful women have more daughters?" tidak pun menjawab persoalan tajuk buku tersebut, tetapi sekadar untuk menarik pembaca membacanya.

Namun, jika PAS bersedia untuk bersatu atas dasar perpaduan ummah dan iklas kerana Allah Taala, mana mungkin kita menolaknya. Semoga Allah bersama kita.
Ulasan yang menarik di sini dan di sini.
Saya turut berminat untuk mengulas penerangan DS Hadi berdasarkan petikan temuramahnya dengan Harakah.
Petikan dari Harakah 1.

Oh, taknak jadi pembangkang rupanya! Nak jadi kerajaan lah nie. Cakaplah terus terang. Ini berdolak dalik, macam buat tajuk cerita filem atau buku yang tidak ada kena mengena langsung dengan isi ceritanya. Selepas kaedah 916 gagal, kaedah Fast Track – Kerajaan Perpaduan pula digunakan. Syabas diucapkan kepada parti flip flop PAS. Setelah perjuangan Islam digugurkan, kini perjuangan ke arah kerajaan perpaduan pula ditegakkan (?). Bersatu teguh bercerai roboh. PKR dan DAP cukup takut jika Islam dan Melayu bersatu. Bukti Allah bersama orang-orang di jalan yang benar. Belum buat apa-apa pun. Baru gertak dah takut. Bukti di sini dan di sini.

Petikan dari Harakah 2.

Habis tuh mana check and balance nya? Mana kempen Tak Nak dan Bersih nya? Sungguh mengelirukan sekali. Macam kerajaan Palestin lah ye? Tapi unity government di Palestin terbukti cukup tidak berkesan. Cara DS Hadi Awang menggambarkan Unity Government adalah seperti komposisi Barisan Nasional. Kalau begitu, apa kata PAS menyertai Barisan Nasional?

Petikan dari Harakah 3.


Tak habis-habis dengan fahaman Anwarisme. Oh, objektif utama Kerajaan Perpaduan ialah untuk masuk TV banyak-banyak. Adakah begitu? Gila glamour jugak DS Hadi ni ala-ala selebriti pula?

Petikan dari Harakah 4.

Dah tarik balik pulak. Talk is cheap. Tak ikhlas, telus dan bersih lah macam ni DS Hadi? Ingat ini main sorong papan, tarik papan ke?

Petikan dari Harakah 5.

Tak habis-habis dengan fahaman Anwarisme. Kalau benar PAS ikhlas, kenapa apabila DS Tajol Rosli menawarkan pembentukan Kerajaan ‘Islam’ di Perak, PAS lebih rela bermadu kasih dengan DAP daripada menyambut tangan yang dihulurkan DS Tajol Rosli?

Yang pasti, tidak ada satu pun daripada penerangan DS Hadi Awang menyatakan Kerajaan Perpaduan adalah untuk menegakkan Islam dan menuju perpaduan ummah. Perlu diingat petikan temuramah tersebut adalah dari lidah rasmi PAS. Jadi, memang takde spin apa pun. Tulen. Kerajaan Perpaduan versi DS Hadi Awang ialah satu lagi kaedah selain 916. Justeru, Pakatan Riot boleh sambung bertepuk-tepuk girang dan jalan ke Putrajaya masih 'terang'!

No comments: