Wednesday, 17 June 2009

PAS, apa perjuanganmu?

Mengapa penyokong-penyokong PAS asyik mengatakan yang antara lain UMNO itu; Yahudi Melayu, kucing yang akan menggigit, anjing yang akan mengganas, tikam belakang dan mengamalkan kronisme, rasuah dan sebagainya?

Adakah Brother-Anwar-Bin-Ibrahim tidak menyokong Yahudi? Adakah PAS bersedia digigit oleh DAP? Adakah PAS bersedia untuk ditikam dari belakang dan apakah gandingan anak beranak, pengagihan kontrak balak, kuari mahupun sampah tidak berdasarkan kroni?


Langkah kerajaan perpaduan ini sedikit sebanyak dapat mengimbangi pengaruh Anwar dalam PAS. Adakah PAS kini tidak mengiktiraf mereka yang dianggap ulama? Presiden dan Timbalan Presiden pun boleh disanggah apa lah lagi ahli di akar umbi, apalah lagi orang Islam lain yang tidak berparti?

PAS terbukti terkena tempias Anwarisme. Kini PAS lebih menyokong PKR dan DAP daripada pucuk pimpinan mereka sendiri. PAS terbukti lebih mengasihi DAP daripada orang Islam sendiri.

Hari ini PAS menambah syarat untuk Kerajaan Perpaduan dan muzakarah lagi. Perbincangan perlu bersama-sama dengan PKR dan DAP? Adakah BN bersedia untuk berbincang dengan orang yang mahukan Malaysian Malaysia, yang antara lain mencabar agama Islam sebagai agama rasmi, mencabar kedudukan Bumiputera, dan menidakkan Perlembagaan Malaysia?


Saya ibaratkan hubungan UMNO dan PAS seperti carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga. Walaupun saya sedar, PAS tidak betah bertahan lama dalam satu ‘hubungan’ politik. Saya ibaratkan PAS seperti seorang lelaki, yang sudah bercerai 3 kali, dan mahu kembali dengan isteri pertama yang pernah dia cintai, walaupun perkahwinan pertama tak sampai 4 tahun, tetapi setelah perkahwinan ke-2 dan ke-3 gagal, dia rasakan isteri pertama itulah jodohnya.

Yang pasti MCA dan DAP cukup takut dengan perpaduan orang Islam dan Melayu. Hikmah dari cadangan ini membuka mata dan minda hampir semua orang Islam. Hikmahnya juga menunjukkan betapa TG Nik Aziz tidak mahu penyatuan ummah dan rela tidur sebantal dengan DAP. TG Nik Aziz juga lebih rela bersama dengan orang yang mencabar agama Islam sebagai agama rasmi, mencabar kedudukan Bumiputera, dan menidakkan Perlembagaan Malaysia.

Kini, saya tertanya-tanya, apakah perjuangan PAS? Saya percaya dengan kalimah bismillah. Apa sahaja yang kita lakukan apabila dimulakan Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang adalah kerana Allah Taala. Semoga kita semua berada di dalam keredhan-Nya. Amin.

7 comments:

ikan emas said...

Salam ziarah.
Teruskan menulis

Junah said...

Salam,

Bak kata pepatah, biduk berlalu masuk sg buloh, kiambang bertaut.

TokLimbong said...

salam.. x adil kalau tuan salahkan PAS 100%. sebab Pres ngan Timb Pres PAS sedia utk berbincang dgn UMNO pasal kerajaan perpaduan. Yg jelas disini kita boleh salahkan nik aziz yg dah tua tu.. iman nik aziz telah dikuasai dendam la tuan.. kerana nyamuk habis bangsa agama nak digadaikanya.. Nik Aziz dah jd boneka tua utk DAP ngan PKR.. BODOS..

TokLimbong said...

salam.. x adil kalau tuan salahkan PAS 100%. sebab Pres ngan Timb Pres PAS sedia utk berbincang dgn UMNO pasal kerajaan perpaduan. Yg jelas disini kita boleh salahkan nik aziz yg dah tua tu.. iman nik aziz telah dikuasai dendam la tuan.. kerana nyamuk habis bangsa agama nak digadaikanya.. Nik Aziz dah jd boneka tua utk DAP ngan PKR.. BODOS..

Rahman,Ahchong,Muniandy said...

Kepimpinan Pas kebanyakannya status mereka dah menopose.Jadi idea2 yg diutarakan dah tentulah idea yg hampas.Disambut pulak idea2 tu oleh penyokong2 mereka yg majoritinya mangkuk hayun.Jadi Pas itu sendiri Parti hampas.Patut lah kena cucuk hidung oleh PKR dan DAP.

Jeffry said...

SALAM ZIARAH S.A.M
PAS PERJUANGKAN IDEOLOGI SONGSANG..MUNAFIK..KOMUNIS..YAHUDI MABOK...DLL..DI SAMPING MEMECAHBELAHKAN ORG2 MELAYU DAN MENJAHANAMKAN NEGARA..PRU13 NANTI KITA LANYAK PAKATAN REPUT HABIS2AN!!

ddinbunga said...

salam, jangan kita percaya lagi dengan PAih penderhaka dan pengkhianat.... kita tolak PAih haprak ni.... kita sebarkan kerja tak bermoral PAih...pubgkok penuh taik..