Sunday 7 June 2009

Kenapa mungkir janji? Saya pun Melayu


"Saya pun Melayu," kata Zaid Ibrahim. Tapi Saya Rakyat Malaysia, seorang Melayu yang kadar diri saya. Saya pun Melayu yang bersopan santun dan berbudi bahasa. Bila orang mengetuk pintu rumah kita dengan baik dan sopan, kita alu-alukan kedatangannya ke rumah kita. Tetapi, bila dia tidak lagi menghormati kita, cuba menginjak-injak pula kepala kita, sudah tentulah kita marah padanya dan sudah tentulah mengundang bencana.

Adakah rakyat Malaysia yang belajar atau bekerja di luar negara, di Amerika, di Britain, di Mesir atau di India, boleh mendapat hak warganegara sewenang-wenangnya? Walaupun dapat bermastatutin; hak, subsidi, benefit dan elaun tidak sama dengan taraf warganegara. Di Great Britain, di Perancis, anda mungkin boleh mendapat British dan French Citizenship, tetapi bolehkah anda menjadi British Men atau French Men?

Perjanjian untuk mencapai kemerdekaan dimeterai oleh semua kaum. Perjanjian ini termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia. Justeru, kenapa mempersoalkan Perlembagaan Malaysia? Kenapa mungkir janji?

***************************************************

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata: ''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''
Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''. Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.
Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat

Sumber asal di sini
***************************************************
One week later, Awang Selamat then wrote..

Sampai bila kemurahan hati Melayu?
Oleh AWANG SELAMAT

Awang tidak menduga tulisan dalam ruangan ini minggu lalu bertajuk Melayu dikhianati? menjadi panas. Agak aneh, hampir 90 peratus daripada kandungan tulisan itu yang memetik kenyataan pemimpin kaum Cina, mendiang Tun Tan Siew Sin dan Tun V.T Sambanthan, menimbulkan rasa tidak senang hati pihak-pihak tertentu.

Ada portal berita iaitu Malaysiakini memainkan isu tersebut secara berlebihan, yang tidak sukar untuk menelah agenda tersirat. Agak memalukan apabila Malaysiakini secara jurnalistik gagal memahami kandungan tulisan Awang, yang kemudiannya ghairah mendapatkan komen beberapa pihak yang memang diketahui motif mereka.

Sebagai penjelasan, Awang paparkan kenyataan Tan Siew Sin dan V.T Sambanthan pada minggu lalu untuk renungan kita semua betapa pemimpin bukan Melayu ketika itu amat menghargai pengorbanan dan tolak ansur masyarakat Melayu.

(Mesej yang cuba Awang sampaikan ialah pihak-pihak bukan Melayu tidak wajar membuat tuntutan keterlaluan dan bersikap terlalu rasis, yang keadaan tersebut makin ketara dan membimbangkan selepas pilihan raya umum ke-12).

Itu bahan sejarah yang dinyatakan sendiri oleh kedua-dua tokoh bukan Melayu itu. Ia bukannya daripada kata-kata Awang. Kenapa perlu takut kepada fakta sejarah? Yang menyatakan "orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati menerima bukan Melayu sebagai warganegara" adalah Tan Siew Sin sendiri. Sebagai balasan kemurahan hati orang Melayu, kata beliau, MCA dan MIC (yang menaungi kaum Cina dan India ketika itu) bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu.

Sumber asal di sini.

No comments: