Tuesday, 9 June 2009

United WE Bargain, Divided WE Beg

United we stand, Divided we fall.


Mungkin versi Kerajaan Perpaduan kita tidak sama. Mungkin saya tersilap memahaminya. Tetapi, Tuhan kita sama, kalimah dua Syahadah kita sama, Kiblat dan Kitab kita sama. Jadi, saya tidak nampak kenapa kita perlu menolak Kerajaan Perpaduan. Kalau perpaduan yang dimaksudkan adalah untuk kepentingan Islam dan ummah. Kalau perpaduan yang dimaksudkan penyatuan umat Islam.
Sekiranya Kerajaan Perpaduan yang PAS maksudkan hanyalah sekadar untuk memancing undi Melayu di Manek Urai, ia merupakan satu lagi bukti PAS mempergunakan Islam dan memperkudakan orang Melayu.
Jika benar Kerajaan Perpaduan hanyalah gimik yang diada-adakan oleh PAS untuk menarik semula minat orang Melayu terhadap PAS setelah perjuangan menegakkan negara Islam dikuburkan, ia membuktikan PAS hanya mempermainkan agama.
Yang dikhuatiri, di Manek Urai, DS Hadi mendabik dada mengatakan yang tangan sudah di hulur kepada BN tetapi BN tidak mahu menyambutnya. (?) Tetapi, adakah PAS membentuk Kerajaan Islam di Perak Mac 2008?
Apa pun, sebagai seorang Islam, saya WAJIB berbaik sangka dengan orang-orang PAS. Tidak seperti orang-orang PAS TERPAKSA dan RELA berbaik sangka dengan orang-orang DAP.

4 comments:

YANG GAMBI said...

Itulah kerja PAS, cakap berdolak dalik bila ada tekanan dari geng-geng dia.

Biarkan deme bercakap takbur sepuas-puasnya, kononnya UMNO sudah rasa akan berkubur sebab itu dia adakan kerjaan perpaduan. PAS sudah silap kalau berandaian begitu......

Saya Rakyat Malaysia said...

Ye, Yang Gambi, kononnya PAS for ALL tapi, PAS bukan untuk UMNO (?).

UMNO itu orang ISLAM. Kalau benar ikhlas, bersatulah untuk benar2 menegakkan syiar Islam.

Tungaklangit said...

BRO SRM

KITA BERKONGSI PANDANGAN DALAM SOAL PERPADUAN UMAT MELAYU ISLAM

SO TERUSKAN PERJUANGAN SEHINGGA ALLAH MEMBERKATINYA

SALAM

Saya Rakyat Malaysia said...

Terima kasih TungakLangit kerana melawat. Ye, sama2 lah kita berjuang untuk anak cucu kita, keluarga kita, agama kita dan negara kita.