Showing posts with label UMNO. Show all posts
Showing posts with label UMNO. Show all posts

Thursday, 16 July 2009

Manek Urai : Bukti Perpecahan Melayu

Gambar hiasan ihsan The Star Online

Kaum lain bertepuk tangan dengan penuh girang melihat keputusan pilihan raya Manek Urai. Keputusan Manek Urai yang penduduknya majoriti adalah orang Melayu membuktikan orang Melayu dengan penuh emosi berpecah kepada dua. Saya merasakan UMNO tidak perlu berbangga dengan keputusan Manek Urai ini. Ikutlah resmi padi, makin berisi, makin tunduk. Jangan diikut resmi lalang, sudahlah tidak berguna, menjadi tempat ular, dan binatang lain bersembunyi.

Saya rasa masih ada sebilangan pemimpin UMNO yang bongkak dan tidak menghargai pengundi yang mengundi mereka di Manek Urai. Hanya sesetengah sahaja pemimpin UMNO yang mengucapkan terima kasih dan memberi penghargaan kepada warga penduduk Manek Urai yang sudi mengundi UMNO. Mungkin ego besar menyebabkan hati dan jiwa menjadi kecil.

Saya mencadangkan UMNO dan kerajaan Barisan Nasional menunaikan janji di 5 kawasan daripada 9 kawasan yang UMNO menang di peti-peti undi kawasan tersebut. Buktikanlah kepada penduduk Manek Urai apakah perbezaan UMNO dan PAS. Buatlah sesuatu ikhlas dengan niat kerana Allah Taala.

Kembali kepada keputusan, saya harus memuji sikap UMNO dan Barisan Nasional yang sangat matang dan sangat professional dalam menerima kekalahan. Biarpun kalah 6 undi, Barisan Nasional tidak akan mengadakan demonstrasi jalanan, tidak akan menghasut orang rami membenci SPR dan tidak akan mencari hantu-hantu untuk dipersalahkan.

Manek Urai merupakan satu kawasan majoriti Melayu. Peratusan penduduk Melayu adalah melebihi 90%. Keputusan Manek Urai ini membuktikan kuasa penentu adalah di kalangan orang bukan Bumiputera dan bukan Melayu. Mereka inilah yang akan menyebabkan Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat memenangi sesuatu kawasan.

Justeru, apakah peluang yang ada oleh Barisan Nasional di kawasan yang majoriti Melayu kurang 70%? Mungkin oleh kerana peratusan ini, DS Najib lebih banyak menumpukan kebajikan bukan Melayu dan bukan Bumiputera?

Mungkin kita boleh pilih pemipin yang akan melakukan kerosakan yang kurang daripada yang lain, atau dengan kata lain, ‘which is the lesser evil’? Yang mengadakan liberasasi sesetengah bidang dan dalam masa yang sama menjamin hak dan kepentingan Bumiputera atau yang mahu menghapuskan terus identiti Melayu dan Islam di bumi Malaysia ini?

Saya akan terus mendoakan saudara-saudara Islam saya di dalam PAS dan PKR untuk membuka mata dan hati mereka. Apakah bentuk negara Malaysia yang akan kita diami sekiranya Pakatan Rakyat memerintah nanti?

United we bargain, divided we beg!

Thursday, 4 June 2009

Rukun Negara

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak :
  • mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya ;

  • memelihara satu cara hidup demokratik ;

  • mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama ;

  • menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak ; dan

  • membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :

  • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

  • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
  • KELUHURAN PERLEMBAGAAN
  • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

  • KESOPANAN DAN KESUSILAAN

***************************************************

Selagi nyawa dikandung badan, saya berikrar untuk berjuang demi agama, bangsa dan negara.

Selagi Pakatan Rakyat belum boleh bersepakat dan berjanji untuk mewujudkan keamanan di Malaysia selagi itu saya akan terus berjuang.

1. Saban hari dengan demonstrasi, melemahkan jati diri polis, mengangkat penjenayah sebagai hero, memperjuangkan nasib penjenayah dan setingggan. Contohnya di sini.

2. 3 ideologi dalam pakatan rakyat yang tidak mungkin akan bersatu, Pas dengan ideologi negara Islamnya (?), PKR dengan dasar liberalnya dan DAP dengan chauvinst nya. Tidak ada sekelumit pun hati DAP untuk Melayu dan Islam. DAP adalah parti serpihan PAP yang kini memerintah Singapura. Saya kasihan kepada saudara seIslam di Singapura yang tidak berpeluang mendengar azan berkumandang.

3. Di Perak, saban hari mengganggu pentadbiran dan menjejaskan ekonomi negeri Perak dengan sidang DUN di bawah pokok, bertindak samseng dalam DUN, mogok lapar dan kempen bergelap (?).