Tuesday, 9 February 2010

Alhamdulillah : Nizar Kalah 5-0!


Saya mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana kekalahan Nizar. Kekalahan Nizar pada masa yang sama bukan sahaja berjaya mengelakkan terbentuknya Republic of DAP tetapi juga membuktikan betapa Sultan Azlan Shah, seorang Sultan yang bijaksana.

Kepada Nizar, berhentilah meroyan. Rakyat nak kerja, nak makan, nak hidup aman, damai dan tenteram. Rakyat nak ke masjid, nak sembahyang, nak menunaikan amanah. Bukan macam kamu. Berhentilah meroyan. Orang dah tak nak dengar fitnah dan tohmahan kamu itu. Kalau benar kamu mahu kuasa dipulangkan kepada rakyat, mengapa kamu benarkan Dato' Nasa melompat parti pada mulanya? Kenapa tidak bubar DUN waktu itu? Walhalalku, walharammu. Jangan jadi hipokrit, tidak ada sekelumit pun integriti!

Kalau kamu mati nanti, siapa sembahyangkan kamu? Ngeh dan Nga? Sudah-sudahlah tuh Nizar meroyan Ooi! Nizar masih meroyan di Sini

Bukit mana yang kamu tak sempat nak tarah? Tanah mana yang tak sempat kamu bahagi? Pasir mana yang kamu tak sempat nak agih? Rakyat Bukit Gantang & Pasir Panjang undi kamu untuk bekerja, bukan untuk meroyan!

1 comment:

10 BUDAK HITAM said...

Salam,

Biarkan mereka dengan permainan KOTOR mereka.Mereka yang membuat tuntutan di Mahkamah, dan mereka jugalah yang tidak menerima keputusan Mahkamah.

Apapun,Tahniah dan syukur kehadrat illahi kita masih diberi peluang utk berkhidmat dan membuktikan sesuatu kepada Rakyat Perak.Rapatkan Saf dan Bersatu padu dalam menyiapkan jentera pertahanan agar kita tidak lagi lemah dan lalai seperti sebelumnya.Buktikan Sokongan kita yang tidak berbelah bahagi dan bersama-sama kita membantu dalam menyelesaikan kekusutan serta masalah rakyat jelata.

----------------------------------

Kami Terjah, Kami Bongkar & Kami Kerjakan di 10SIBUDAKHITAM.BLOGSPOT.COM