Showing posts with label DAP. Show all posts
Showing posts with label DAP. Show all posts

Friday, 5 June 2009

LKS CUBA bercakap soal PAS

Dia cuba menerangkan definisi ulama di sini. Dia cuba bercakap soal Sabah dan Sarawak. (Di mana dia melarikan diri semasa peristiwa 13 Mei). Dia juga cuba membuat perbandingan antara Bahasa Melayu dan Bahasa Malaysia.


Tetapi, dia tidak CUBA mengawal dirinya dari melaungkan apa di benaknya dan menyuarakan apa rasa di hatinya. Perasaan chauvinstnya tidak berupaya dikawal. Semasa pilihan raya di Kuala Terengganu, Januari 2008, dia berkata, "KALAU MAHU KITA JADI PERDANA MENTERI, MAKA KITA KENA PECAHKAN MELAYU CUKUP-CUKUP." Sumber 1.



Tetapi, ada pula orang Melayu yang menyokongnya. Bak kate Azmin PKR, "LEBIH BAIK BERADA DI BAWAH CINA, DARIPADA MELAYU RASUAH". Tetapi adakah kita rela berada di bawah seorang CINA yang penuh dengan sifat chauvinst ini? Jawapannya, 2 pakcik ini rela...


Thursday, 4 June 2009

Rukun Negara

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak :
  • mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya ;

  • memelihara satu cara hidup demokratik ;

  • mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama ;

  • menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak ; dan

  • membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :

  • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

  • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
  • KELUHURAN PERLEMBAGAAN
  • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

  • KESOPANAN DAN KESUSILAAN

***************************************************

Selagi nyawa dikandung badan, saya berikrar untuk berjuang demi agama, bangsa dan negara.

Selagi Pakatan Rakyat belum boleh bersepakat dan berjanji untuk mewujudkan keamanan di Malaysia selagi itu saya akan terus berjuang.

1. Saban hari dengan demonstrasi, melemahkan jati diri polis, mengangkat penjenayah sebagai hero, memperjuangkan nasib penjenayah dan setingggan. Contohnya di sini.

2. 3 ideologi dalam pakatan rakyat yang tidak mungkin akan bersatu, Pas dengan ideologi negara Islamnya (?), PKR dengan dasar liberalnya dan DAP dengan chauvinst nya. Tidak ada sekelumit pun hati DAP untuk Melayu dan Islam. DAP adalah parti serpihan PAP yang kini memerintah Singapura. Saya kasihan kepada saudara seIslam di Singapura yang tidak berpeluang mendengar azan berkumandang.

3. Di Perak, saban hari mengganggu pentadbiran dan menjejaskan ekonomi negeri Perak dengan sidang DUN di bawah pokok, bertindak samseng dalam DUN, mogok lapar dan kempen bergelap (?).