Wednesday 22 July 2009

Mendiang Teoh : Bunuh diri, Satu Pembunuhan atau Korban Konspirasi?

Gambar hiasan mungkin ada makna

I would like to express my deepest condolences to Mr Teoh’s family and may he rest in peace. I’ve tried to restrain myself from writing anything as kononnya untuk tidak mengganggu proses siasatan. Although curiosity can kill the cat and apart from thousands of websites that have already being the prosecutor and the judge for Mr Teoh’s case, me being a human have eyes to see, have ears to listen and have mind of my own to think!

So, what I can conclude is;


Objektif : Siapa yang ada objektif dan motif? Apakah yang SPRM dapat jika mendiang Teoh terbunuh? SPRM kehilangan seorang saksi penting untuk membongkar penyelewengan ADUN DAP. Refer teori kumbang – Teori 4 di sini.
Teori SRM:
PR – the Underworld : Anwar PKR, Wee Choo Keong PKR, Azmin Ali PKR, Ronnie DAP, Theresa Cock DAP are on one side. WCK stirring shit in pakatan riot. Siapa makan cili dia rasa pedas fiasco. Why the need to stir the shit? What sort of 'CAT' do you want to prove? Azmin Ali stirring another shit in asking Khalid to rombak Exco. Why? Azmin Ali is smelling the gangster's gun powder or making baits?
BAIT: Report to SPRM for action. SPRM took the bait. SPRM took action and ask Teoh to come and got blamed for his death. SPRM got blamed, credibility and ability questioned.

Kejadian : Kematian misteri mendiang Teoh.

Akibat : Himpunan, perarakan, demonstrasi PR.

HasilAkhir: Berita penting menjadi kurang penting dan terkubur terus. Berita dan laporan kegiatan underworld ADUN Selangor, salah guna wang kerajaan negeri, pasir dari 7m jadi 4m, kes liwat Brother Anwar Bin Ibrahim, rombakan Exco Selangor, dlln. PR menuding jari menuduh SPRM cuai dan tidak ada kredibiliti. SPRM kononnya hilang kredibiliti. Jadi, apa juga hasil siasatan SPRM akan dianggap kononnya tidak relevan.

Secara logiknya, dalam SPRM tuh takkanlah tidak ada seorang pun penyokong Pakatan Rakyat. Takkan lah Selangor boleh menang di Selangor kalau tidak ada pegawai kerajaan yang menyokong PR?

Bila kredibiliti SPRM dipersoalkan, penguatkasaan polis diragui, siapakah yang anda pilih untuk percayai? Gangsters? Mobsters? Apakah pilihan anda?

Saya akan terus mendoakan penyokong Pakatan Rakyat terutamanya ahli PAS dan PKR untuk membuka mata dan hati mereka. Semoga Malaysia dilindungi Allah. AMIN!

Thursday 16 July 2009

Manek Urai : Bukti Perpecahan Melayu

Gambar hiasan ihsan The Star Online

Kaum lain bertepuk tangan dengan penuh girang melihat keputusan pilihan raya Manek Urai. Keputusan Manek Urai yang penduduknya majoriti adalah orang Melayu membuktikan orang Melayu dengan penuh emosi berpecah kepada dua. Saya merasakan UMNO tidak perlu berbangga dengan keputusan Manek Urai ini. Ikutlah resmi padi, makin berisi, makin tunduk. Jangan diikut resmi lalang, sudahlah tidak berguna, menjadi tempat ular, dan binatang lain bersembunyi.

Saya rasa masih ada sebilangan pemimpin UMNO yang bongkak dan tidak menghargai pengundi yang mengundi mereka di Manek Urai. Hanya sesetengah sahaja pemimpin UMNO yang mengucapkan terima kasih dan memberi penghargaan kepada warga penduduk Manek Urai yang sudi mengundi UMNO. Mungkin ego besar menyebabkan hati dan jiwa menjadi kecil.

Saya mencadangkan UMNO dan kerajaan Barisan Nasional menunaikan janji di 5 kawasan daripada 9 kawasan yang UMNO menang di peti-peti undi kawasan tersebut. Buktikanlah kepada penduduk Manek Urai apakah perbezaan UMNO dan PAS. Buatlah sesuatu ikhlas dengan niat kerana Allah Taala.

Kembali kepada keputusan, saya harus memuji sikap UMNO dan Barisan Nasional yang sangat matang dan sangat professional dalam menerima kekalahan. Biarpun kalah 6 undi, Barisan Nasional tidak akan mengadakan demonstrasi jalanan, tidak akan menghasut orang rami membenci SPR dan tidak akan mencari hantu-hantu untuk dipersalahkan.

Manek Urai merupakan satu kawasan majoriti Melayu. Peratusan penduduk Melayu adalah melebihi 90%. Keputusan Manek Urai ini membuktikan kuasa penentu adalah di kalangan orang bukan Bumiputera dan bukan Melayu. Mereka inilah yang akan menyebabkan Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat memenangi sesuatu kawasan.

Justeru, apakah peluang yang ada oleh Barisan Nasional di kawasan yang majoriti Melayu kurang 70%? Mungkin oleh kerana peratusan ini, DS Najib lebih banyak menumpukan kebajikan bukan Melayu dan bukan Bumiputera?

Mungkin kita boleh pilih pemipin yang akan melakukan kerosakan yang kurang daripada yang lain, atau dengan kata lain, ‘which is the lesser evil’? Yang mengadakan liberasasi sesetengah bidang dan dalam masa yang sama menjamin hak dan kepentingan Bumiputera atau yang mahu menghapuskan terus identiti Melayu dan Islam di bumi Malaysia ini?

Saya akan terus mendoakan saudara-saudara Islam saya di dalam PAS dan PKR untuk membuka mata dan hati mereka. Apakah bentuk negara Malaysia yang akan kita diami sekiranya Pakatan Rakyat memerintah nanti?

United we bargain, divided we beg!

Sunday 5 July 2009

Apabila anjing tersepit minta bantuan

Mudahnya kerja, complain, accused dan kemudian twist. It's the same acronym CAT but it is definetely not competency, accountability and transparency.

How easy our life would be? Somebody can be a doctor without taking a degree, somebody can be a taxi driver without having a license and somebody can be a Chief Minister without the need to do anything but talk, talk and write a letter to the Prime Minister.

Somebody without a degree would only caused death if he acted as if he’s a doctor, a taxi driver will caused an accident if he does not have a license and somebody who cannot walk his talk can only complain, accuse and twist! That’s acronym for CAT alright!

Mr. Lim Guan Eng has proven how incompetent he is. He has willingly admitted that he is not capable to solve the people’s problem in Penang.



Ironinya apabila Kerajaan Pusat mengeluarkan arahan untuk menangguhkan keputusan Kerajaan Negeri Perak untuk meluluskan geran tanah 999 tahun tidak dipedulikan. Sekarang, apabila masalah setinggan duduk di atas tanah yang telah dibeli, Kerajaan Negeri Pulau Pinang, boleh pula memohon bantuan Kerajaan Pusat?

Kemana duit Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang kononnya telah menerima jutaan pelaburan wang asing? Negeri ke-2 terkaya di Malaysia takkan tak boleh selesaikan masalah setinggan? Cakap berdegar-degar, perlaksanaan takde, boleh blah! Apa jadi bila anjing tersepit dilepaskan?


Thursday 2 July 2009

Politik Ugut-Mengugut : DAP Kedah Keluar PR

Sumber asal DAP keluar Pakatan di sini dan di sini. Anwar menafikan di sini. Nik Aziz tak sokong Azizan - tapi tak mahu mengaku di sini.



Gambar hiasan ihsan Utusan dan NST.

DAP Kedah mengugut untuk keluar dan telah pun keluar dari Pakatan Rakyat di Kedah. Tetapi, Lim Guan Eng pula berkata, ia bergantung kepada keputusan DAP Pusat.

DAP Kedah tidak berpuas hati dengan penutupan pusat sembelihan khinzir oleh Kerajaan Kedah dan kuota 50% untuk pembelian rumah Bumiputera.

Mengapa DAP begitu mudah mengugut PAS di Kedah, sedangkan PAS begitu bertolak ansur di Selangor, Pulau Pinang dan Perak?

DAP di Kedah dengan angkuhnya mengungkit kemenangan PAS adalah atas ihsan orang Cina dan yang berkerja keras berkempen untuk orang PAS adalah orang DAP.

Jika Pakatan Rakyat mengatakan yang Barisan Nasional merupakan parti berteraskan kaum dan memecah belahkan perpaduan Malaysia, apakah dengan keangkuhan DAP ini rakyat Malaysia akan lebih bersatu padu?

Sepatutnya, PAS juga boleh bertindak Jantan dan tidak tunduk membisu di Selangor, Pulau Pinang dan Perak kerana kemenangan DAP adalah juga atas ihsan orang Melayu.

Sebelum PRU 2008, PAS bersungguh-sungguh kononnya ingin menubuhkan negara Islam, menegakkan syiar Islam dan macam-macam Islamisasi lagi. Namun, janji tinggal janji. Brother-Anwar-Bin-Ibrahim telah berjaya mengliberalkan Parti Islam SeMalaysia.

Saya merasakan diversion tactics kali ini adalah seperti membaling 2 ekor burung dengan satu batu. Seekor burung di Manek Urai dan seekor lagi di Putrajaya sedang menangguhkan kesnya.

Tindakan tegas PAS akan dipandang seolah-olah masih memperjuangkan agama Islam kerana bersungguh-sungguh membersihkan negeri Kedah dari khinzir. Sekaligus, kepercayaan orang Islam akan kembali kepada PAS di Manek Urai.

Selepas menang di Manek Urai, DAP akan dipujuk kembali oleh Tuan Guru Nik Aziz untuk kembali ke pangkuan PAS. The longer the break up, the best the make up. Akan kembali berkasih lah mereka semula.

Diversion tactics ini mungkin berjaya kerana dua orang yang akan mendapat political mileage daripadanya telah menafikannya dan seorang lagi telah tidak mahu terlibat dalam kemelut ini. Ini akan memperkukuhkan lagi diversion tactics supaya pengundi Manek Urai tidak bau kencing yang hancing dan kentut yang busuk mereka-mereka itu.