Tuesday 23 June 2009

Sinetron Kerajaan Perpaduan PAS


Bagai menonton drama bersiri yang tidak berkesudahan. Saya percaya sudah banyak blog mengulas Kerajaan Perpaduan versi Hadi Awang yang telah melabuhkan tirainya. Satu kontrak telah pun ditanda tangani supaya PAS berjanji isu Kerajaan Perpaduan tidak akan ditimbulkan lagi.


Setelah setahun barulah PAS berani mengakui yang PAS sudah tidak berdaya melawan lagi. Kesempatan untuk menguatkan diri dalam Pakatan Rakyat tidak dilakukan. Saya merasakan Hadi boleh sahaja mengugut untuk menjalankan sedikit sebanyak hukum Islam yang kononnya diperjuangkan seperti penjualan arak, judi, dan sebagainya. Tetapi, Hadi menyerah begitu sahaja.
Saya merasakan PAS patut dibubarkan sahaja kerana mereka bertuankan Brother-Anwar-Bin-Ibrahim, daripada ahli-ahli sampailah Presiden PAS sendiri.

Wednesday 17 June 2009

PAS, apa perjuanganmu?

Mengapa penyokong-penyokong PAS asyik mengatakan yang antara lain UMNO itu; Yahudi Melayu, kucing yang akan menggigit, anjing yang akan mengganas, tikam belakang dan mengamalkan kronisme, rasuah dan sebagainya?

Adakah Brother-Anwar-Bin-Ibrahim tidak menyokong Yahudi? Adakah PAS bersedia digigit oleh DAP? Adakah PAS bersedia untuk ditikam dari belakang dan apakah gandingan anak beranak, pengagihan kontrak balak, kuari mahupun sampah tidak berdasarkan kroni?


Langkah kerajaan perpaduan ini sedikit sebanyak dapat mengimbangi pengaruh Anwar dalam PAS. Adakah PAS kini tidak mengiktiraf mereka yang dianggap ulama? Presiden dan Timbalan Presiden pun boleh disanggah apa lah lagi ahli di akar umbi, apalah lagi orang Islam lain yang tidak berparti?

PAS terbukti terkena tempias Anwarisme. Kini PAS lebih menyokong PKR dan DAP daripada pucuk pimpinan mereka sendiri. PAS terbukti lebih mengasihi DAP daripada orang Islam sendiri.

Hari ini PAS menambah syarat untuk Kerajaan Perpaduan dan muzakarah lagi. Perbincangan perlu bersama-sama dengan PKR dan DAP? Adakah BN bersedia untuk berbincang dengan orang yang mahukan Malaysian Malaysia, yang antara lain mencabar agama Islam sebagai agama rasmi, mencabar kedudukan Bumiputera, dan menidakkan Perlembagaan Malaysia?


Saya ibaratkan hubungan UMNO dan PAS seperti carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga. Walaupun saya sedar, PAS tidak betah bertahan lama dalam satu ‘hubungan’ politik. Saya ibaratkan PAS seperti seorang lelaki, yang sudah bercerai 3 kali, dan mahu kembali dengan isteri pertama yang pernah dia cintai, walaupun perkahwinan pertama tak sampai 4 tahun, tetapi setelah perkahwinan ke-2 dan ke-3 gagal, dia rasakan isteri pertama itulah jodohnya.

Yang pasti MCA dan DAP cukup takut dengan perpaduan orang Islam dan Melayu. Hikmah dari cadangan ini membuka mata dan minda hampir semua orang Islam. Hikmahnya juga menunjukkan betapa TG Nik Aziz tidak mahu penyatuan ummah dan rela tidur sebantal dengan DAP. TG Nik Aziz juga lebih rela bersama dengan orang yang mencabar agama Islam sebagai agama rasmi, mencabar kedudukan Bumiputera, dan menidakkan Perlembagaan Malaysia.

Kini, saya tertanya-tanya, apakah perjuangan PAS? Saya percaya dengan kalimah bismillah. Apa sahaja yang kita lakukan apabila dimulakan Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang adalah kerana Allah Taala. Semoga kita semua berada di dalam keredhan-Nya. Amin.

Monday 15 June 2009

Yang Berhormat ke Yang Beruk?

Saya fikir hampir semua blog memaparkan cerita yang sama. Tetapi, saya ingin menarik pembaca melihat reaksi rakan-rakan 'Yang Berhormat' lain semasa kejadian litar pintas Yang Beruk. Juga bagaimana secara tiba-tiba Yang Beruk mengalami lintar pintasnya.

1. Yang Beruk sebelum menjerit "Hidup Rakyat, Bubar DUN", nampak seperti tersenyum-senyum simpul. Nampak seperti lakonan semata-mata.

2. Nasharuddin Mat Isa tidak menyambut jeritan Yang Beruk.

3. Nampak semua MP pembangkang mempunyai kain lilit masing-masing. Semasa Yang Beruk menjerit, MP pembangkang nampak seperti ragu-ragu dan gusar sama ada ingin turut serta memakai kain lilit dan menjerit.

4. TS Muhyiddin nampak tersenyum-senyum simpul seperti melihat rancangan Wakenabeb.

5. DS Najib kelihatan seperti sangat terkejut dan kasihan kepada Yang Beruk. Macam muka orang melawat orang sakit di hospital. Mungkin Hospital Tanjung Rambutan.

6. Sebelum di bawa keluar dari dewan, muka Yang Beruk macam nak menangis.

Menarik di sini dan sini.

Kesimpulan dari drama Yang Beruk hari ini;

1. Yang Beruk sanggup buat apa sahaja untuk menyelamatkan duit balak, kuari dan kroninya.

2. Yang Beruk adalah seorang MP yang tak tahu malu, tak bertamadun dan tidak ada adab.

3. Yang Beruk wajar di hantar ke Hospital Tanjung Rambutan dengan segera.

Gambar hiasan.

Thursday 11 June 2009

Bangsa Melayu, Racist; Bangsa Lain, Freedom of Speech?

Melayu dikatakan racist bile memperjuangkan haknya, negara Islamnya dan tanah airnya. Tetapi, bila bangsa lain kata "Kalau nak kita jadi PM, kita kena bagi Melayu pecah cukup-cukup" adalah freedom of speech.

Melayu dikatakan racist bila mengulangi kembali kata-kata Presiden MCA dan MIC 50 tahun dahulu. Tetapi, bila dia kata "Melayu pendatang dari Indonesia" adalah freedom of speech.

Melayu dikatakan racist bile memperjuangkan haknya, negara Islamnya dan tanah airnya. Tetapi, bila dia kata "PAS dan UMNO tak wajar bersatu" adalah freedom of speech.

Melayu dikatakan racist bile memperjuangkan haknya, negara Islamnya dan tanah airnya. Tetapi, bila dia memperjuangkan 100 hektar tanah Sekolah Jenis Kebangsaan Cinanya adalah freedom of speech.

Kita perlu jadi RACIST untuk jaga hak kita (biasiswa), agama kita (Islam agama rasmi) dan negara MALAYSIA! Cakaplah aku racist, Melayu memang racist, tapi kau orang pun sama racist!

Kenapa ada double standard? Kenapa Bangsa Melayu, Racist; Kenapa Bangsa Lain, Freedom of Speech?

Kononnya inginkan keadilan dan ketelusan. Tapi baru setahun memerintah di beberapa negeri, terbukti lagi teruk racist!

Menarik di sini dan sini.

Tuesday 9 June 2009

United WE Bargain, Divided WE Beg

United we stand, Divided we fall.


Mungkin versi Kerajaan Perpaduan kita tidak sama. Mungkin saya tersilap memahaminya. Tetapi, Tuhan kita sama, kalimah dua Syahadah kita sama, Kiblat dan Kitab kita sama. Jadi, saya tidak nampak kenapa kita perlu menolak Kerajaan Perpaduan. Kalau perpaduan yang dimaksudkan adalah untuk kepentingan Islam dan ummah. Kalau perpaduan yang dimaksudkan penyatuan umat Islam.
Sekiranya Kerajaan Perpaduan yang PAS maksudkan hanyalah sekadar untuk memancing undi Melayu di Manek Urai, ia merupakan satu lagi bukti PAS mempergunakan Islam dan memperkudakan orang Melayu.
Jika benar Kerajaan Perpaduan hanyalah gimik yang diada-adakan oleh PAS untuk menarik semula minat orang Melayu terhadap PAS setelah perjuangan menegakkan negara Islam dikuburkan, ia membuktikan PAS hanya mempermainkan agama.
Yang dikhuatiri, di Manek Urai, DS Hadi mendabik dada mengatakan yang tangan sudah di hulur kepada BN tetapi BN tidak mahu menyambutnya. (?) Tetapi, adakah PAS membentuk Kerajaan Islam di Perak Mac 2008?
Apa pun, sebagai seorang Islam, saya WAJIB berbaik sangka dengan orang-orang PAS. Tidak seperti orang-orang PAS TERPAKSA dan RELA berbaik sangka dengan orang-orang DAP.

Monday 8 June 2009

Kerajaan Perpaduan – Untangled the Confusion

Jangan tertipu dan menipu lagi. Brave men don’t lie. Only cowards do. Talk is cheap.

Kalau benar PAS ikhlas, kenapa apabila DS Tajol Rosli menawarkan pembentukan Kerajaan ‘Islam’ di Perak, PAS lebih rela bermadu kasih dengan DAP daripada menyambut tangan yang dihulurkan DS Tajol Rosli?

All in all, saya merasakan ini cuma helah DS Hadi sahaja. Saya rasa ia adalah kaedah 'fast track' ke Putrajaya. (Selain kaedah 916). Saya ibaratkan helah ini sama sahaja dengan pemberian tajuk cerita filem atau buku. Contohnya buku, "Why beautiful women have more daughters?" tidak pun menjawab persoalan tajuk buku tersebut, tetapi sekadar untuk menarik pembaca membacanya.

Namun, jika PAS bersedia untuk bersatu atas dasar perpaduan ummah dan iklas kerana Allah Taala, mana mungkin kita menolaknya. Semoga Allah bersama kita.
Ulasan yang menarik di sini dan di sini.
Saya turut berminat untuk mengulas penerangan DS Hadi berdasarkan petikan temuramahnya dengan Harakah.
Petikan dari Harakah 1.

Oh, taknak jadi pembangkang rupanya! Nak jadi kerajaan lah nie. Cakaplah terus terang. Ini berdolak dalik, macam buat tajuk cerita filem atau buku yang tidak ada kena mengena langsung dengan isi ceritanya. Selepas kaedah 916 gagal, kaedah Fast Track – Kerajaan Perpaduan pula digunakan. Syabas diucapkan kepada parti flip flop PAS. Setelah perjuangan Islam digugurkan, kini perjuangan ke arah kerajaan perpaduan pula ditegakkan (?). Bersatu teguh bercerai roboh. PKR dan DAP cukup takut jika Islam dan Melayu bersatu. Bukti Allah bersama orang-orang di jalan yang benar. Belum buat apa-apa pun. Baru gertak dah takut. Bukti di sini dan di sini.

Petikan dari Harakah 2.

Habis tuh mana check and balance nya? Mana kempen Tak Nak dan Bersih nya? Sungguh mengelirukan sekali. Macam kerajaan Palestin lah ye? Tapi unity government di Palestin terbukti cukup tidak berkesan. Cara DS Hadi Awang menggambarkan Unity Government adalah seperti komposisi Barisan Nasional. Kalau begitu, apa kata PAS menyertai Barisan Nasional?

Petikan dari Harakah 3.


Tak habis-habis dengan fahaman Anwarisme. Oh, objektif utama Kerajaan Perpaduan ialah untuk masuk TV banyak-banyak. Adakah begitu? Gila glamour jugak DS Hadi ni ala-ala selebriti pula?

Petikan dari Harakah 4.

Dah tarik balik pulak. Talk is cheap. Tak ikhlas, telus dan bersih lah macam ni DS Hadi? Ingat ini main sorong papan, tarik papan ke?

Petikan dari Harakah 5.

Tak habis-habis dengan fahaman Anwarisme. Kalau benar PAS ikhlas, kenapa apabila DS Tajol Rosli menawarkan pembentukan Kerajaan ‘Islam’ di Perak, PAS lebih rela bermadu kasih dengan DAP daripada menyambut tangan yang dihulurkan DS Tajol Rosli?

Yang pasti, tidak ada satu pun daripada penerangan DS Hadi Awang menyatakan Kerajaan Perpaduan adalah untuk menegakkan Islam dan menuju perpaduan ummah. Perlu diingat petikan temuramah tersebut adalah dari lidah rasmi PAS. Jadi, memang takde spin apa pun. Tulen. Kerajaan Perpaduan versi DS Hadi Awang ialah satu lagi kaedah selain 916. Justeru, Pakatan Riot boleh sambung bertepuk-tepuk girang dan jalan ke Putrajaya masih 'terang'!

Orang Islam harus Bersatu, Melayu Bersatulah

Dunia pun dah nak kiamat. Masih nak bergaduh lagi? Bersatulah. Yang sibuk-sibuk nak kontrak balak tuh sudah-sudahlah, yang dengki mendengki, sakit hati dan rasa nak maki sudah-sudahlah. Yang nak mogok lapar dan nak bergelap pun sudah-sudahlah. Dan yang paling penting, siapa ada hati nak bukak ladang B-A-B-I lagi, sudah-sudahlah! Moden ke tak moden, TUTUP je! Bukan mati pun tak makan benda ITU. Kalau orang Islam boleh bersatu, kita boleh 'nyah'kan binatang ITU dari Malaysia. Ya Allah, lindungilah keluargaku dan negaraku. AMIN!


***************************************************
The four strands of the swine flu virus come from pigs, humans and birds. Experts believe that the virus mutated into its current form in the bodies of pigs. Health authorities are particularly worried that the capability to mutate already exhibited by the virus could eventually let it combine with the human immunodeficiency virus, which causes AIDS.

Canadian health officials said Sunday they have confirmed that the H1N1 swine flu virus had, in at least one case, leaped back into a herd of 200 pigs. That raised the possibility it could mutate again in pigs and move back into the human population.

Sumber asal di sini.

Sunday 7 June 2009

Kenapa mungkir janji? Saya pun Melayu


"Saya pun Melayu," kata Zaid Ibrahim. Tapi Saya Rakyat Malaysia, seorang Melayu yang kadar diri saya. Saya pun Melayu yang bersopan santun dan berbudi bahasa. Bila orang mengetuk pintu rumah kita dengan baik dan sopan, kita alu-alukan kedatangannya ke rumah kita. Tetapi, bila dia tidak lagi menghormati kita, cuba menginjak-injak pula kepala kita, sudah tentulah kita marah padanya dan sudah tentulah mengundang bencana.

Adakah rakyat Malaysia yang belajar atau bekerja di luar negara, di Amerika, di Britain, di Mesir atau di India, boleh mendapat hak warganegara sewenang-wenangnya? Walaupun dapat bermastatutin; hak, subsidi, benefit dan elaun tidak sama dengan taraf warganegara. Di Great Britain, di Perancis, anda mungkin boleh mendapat British dan French Citizenship, tetapi bolehkah anda menjadi British Men atau French Men?

Perjanjian untuk mencapai kemerdekaan dimeterai oleh semua kaum. Perjanjian ini termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia. Justeru, kenapa mempersoalkan Perlembagaan Malaysia? Kenapa mungkir janji?

***************************************************

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata: ''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''
Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''. Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.
Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat

Sumber asal di sini
***************************************************
One week later, Awang Selamat then wrote..

Sampai bila kemurahan hati Melayu?
Oleh AWANG SELAMAT

Awang tidak menduga tulisan dalam ruangan ini minggu lalu bertajuk Melayu dikhianati? menjadi panas. Agak aneh, hampir 90 peratus daripada kandungan tulisan itu yang memetik kenyataan pemimpin kaum Cina, mendiang Tun Tan Siew Sin dan Tun V.T Sambanthan, menimbulkan rasa tidak senang hati pihak-pihak tertentu.

Ada portal berita iaitu Malaysiakini memainkan isu tersebut secara berlebihan, yang tidak sukar untuk menelah agenda tersirat. Agak memalukan apabila Malaysiakini secara jurnalistik gagal memahami kandungan tulisan Awang, yang kemudiannya ghairah mendapatkan komen beberapa pihak yang memang diketahui motif mereka.

Sebagai penjelasan, Awang paparkan kenyataan Tan Siew Sin dan V.T Sambanthan pada minggu lalu untuk renungan kita semua betapa pemimpin bukan Melayu ketika itu amat menghargai pengorbanan dan tolak ansur masyarakat Melayu.

(Mesej yang cuba Awang sampaikan ialah pihak-pihak bukan Melayu tidak wajar membuat tuntutan keterlaluan dan bersikap terlalu rasis, yang keadaan tersebut makin ketara dan membimbangkan selepas pilihan raya umum ke-12).

Itu bahan sejarah yang dinyatakan sendiri oleh kedua-dua tokoh bukan Melayu itu. Ia bukannya daripada kata-kata Awang. Kenapa perlu takut kepada fakta sejarah? Yang menyatakan "orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati menerima bukan Melayu sebagai warganegara" adalah Tan Siew Sin sendiri. Sebagai balasan kemurahan hati orang Melayu, kata beliau, MCA dan MIC (yang menaungi kaum Cina dan India ketika itu) bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu.

Sumber asal di sini.

Friday 5 June 2009

LKS CUBA bercakap soal PAS

Dia cuba menerangkan definisi ulama di sini. Dia cuba bercakap soal Sabah dan Sarawak. (Di mana dia melarikan diri semasa peristiwa 13 Mei). Dia juga cuba membuat perbandingan antara Bahasa Melayu dan Bahasa Malaysia.


Tetapi, dia tidak CUBA mengawal dirinya dari melaungkan apa di benaknya dan menyuarakan apa rasa di hatinya. Perasaan chauvinstnya tidak berupaya dikawal. Semasa pilihan raya di Kuala Terengganu, Januari 2008, dia berkata, "KALAU MAHU KITA JADI PERDANA MENTERI, MAKA KITA KENA PECAHKAN MELAYU CUKUP-CUKUP." Sumber 1.



Tetapi, ada pula orang Melayu yang menyokongnya. Bak kate Azmin PKR, "LEBIH BAIK BERADA DI BAWAH CINA, DARIPADA MELAYU RASUAH". Tetapi adakah kita rela berada di bawah seorang CINA yang penuh dengan sifat chauvinst ini? Jawapannya, 2 pakcik ini rela...


Ada apa dengan 13 Mei?


Bagaimana penyokong Pakatan Rakyat boleh mengatakan sejarah boleh menipu?

History is not his side of the story or someone’s side of story. There are dates; there are chain of events, sequences and ending. History should not be manipulated. History are facts and based on evidence and proven.

13 May 1969 is not so long ago. There are still a lot of people who are still alive to tell us the stories – the actual mishaps! So, spinster, stop spinning and learn to accept the HISTORY of 13th May 1969.

For my Chinese friends, colleagues and neighbours who are loyal to the country and uphold the principles of Rukun Negara, I salute and respect you. I believe they still want to live in Malaysia with peace and harmony.

Please read here for a fantastic, revealing and excellent accurate view of 13th May 1969.


Thursday 4 June 2009

Rukun Negara

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak :
  • mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya ;

  • memelihara satu cara hidup demokratik ;

  • mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama ;

  • menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak ; dan

  • membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :

  • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

  • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
  • KELUHURAN PERLEMBAGAAN
  • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

  • KESOPANAN DAN KESUSILAAN

***************************************************

Selagi nyawa dikandung badan, saya berikrar untuk berjuang demi agama, bangsa dan negara.

Selagi Pakatan Rakyat belum boleh bersepakat dan berjanji untuk mewujudkan keamanan di Malaysia selagi itu saya akan terus berjuang.

1. Saban hari dengan demonstrasi, melemahkan jati diri polis, mengangkat penjenayah sebagai hero, memperjuangkan nasib penjenayah dan setingggan. Contohnya di sini.

2. 3 ideologi dalam pakatan rakyat yang tidak mungkin akan bersatu, Pas dengan ideologi negara Islamnya (?), PKR dengan dasar liberalnya dan DAP dengan chauvinst nya. Tidak ada sekelumit pun hati DAP untuk Melayu dan Islam. DAP adalah parti serpihan PAP yang kini memerintah Singapura. Saya kasihan kepada saudara seIslam di Singapura yang tidak berpeluang mendengar azan berkumandang.

3. Di Perak, saban hari mengganggu pentadbiran dan menjejaskan ekonomi negeri Perak dengan sidang DUN di bawah pokok, bertindak samseng dalam DUN, mogok lapar dan kempen bergelap (?).