Friday 8 January 2010

Agama Kami, Agama Kami; Agama Kamu, Agama Kamu

Apakah ada orang yang lebih Islam jika dibandingkan dengan Islam yang satu lagi?

"Kini mereka pula, pada zahirnya penuh bersemangat membantah kalimah Allah digunakan oleh Kristian Katholik. Maka adalah memang benar kalimah Allah itu tidak layak digunakan oleh sesiapun sekiranya dinisbahkan kepada konsep
ketuhanan yang bercanggah dengan sifat ke-esa-an Allah itu apatah lagi dengan apa-apa konsep ketuhanan yang sesat lagi menyesatkan.

Justeru, apakah mereka-mereka yang membantah ini benar-benar marah kerana mempertahankan ke-Esa-an Allah atau buat-buat marah supaya mereka digelar orang sebagai pembela agama?"
Sumber asal di sini.

Apakah ada satu saja kelompok di dalam kepompong dan di bawah tempurung yang boleh menggelarkan mereka Islam? Islamkah mereka di mata Tuhan yang Esa apabila mereka ini menolak perpaduan ummah? Islamkah mereka apabila mereka mengkafirkan saudara se-Islam mereka, tetapi berpeluk dan bersalam pula dengan musuh Islam yang nyata. Berbaik sangka dengan penzina dan berbaik sangka pula dengan musuh Islam yang nyata.

Saya yakin ada saja penyokong PAS yang menyertai perhimpunan damai di luar masjid seluruh negara semalam. Saya yakin, dengan perjuangan yang ikhlas, kerana Allah Taala, Insya Allah, dengan izin Tuhan, kita beroleh kejayaan. Namun, jika kita gagal, kita hanya mampu berserah kepada Allah, semoga Allah melindungi umat Islam di bumi Malaysia ini. Semoga Allah melindungi anak cucu kita dari dikelirukan oleh musuh Islam yang nyata.

Saya tertanya-tanya sudah berpuluh-puluh tahun mereka menggunakan istilah Jesus sebagai Tuhan mereka. Kenapa pula baru sekarang mereka hendak menyibuk-nyibuk menggunakan istilah Allah?

"Apa relevennya pihak Herald Tribune di Malaysia begitu mahukan mengunakan nama Allah,walhal dinegara kristian dan majoriti 98% penduduk penganut kristian sendiri menolak mengunakan nama Allah. Sudah pasti tujuan dan niat boleh dipersoalkan.Apa sebabnya PAS dan PKR begitu mahukan nama Allah digunakan oleh Herald Tribune jika tidak bermotifkan politik semata mata dan disamping itu matlamat pihak gereja jelas mempunyai matlamat tersembunyi."
Sumber asal di sini.

Cubalah anda bayangkan apabila mereka berjaya sepenuhnya menggunakan kata nama Allah dalam penerbitan mereka.

"Dalam Old Testament, 'Eli, Eli lama sabachthani' dicatit sebagai:

"My God, my God, why have you forsaken me? Why are you so far from saving me, so far from the words of my groaning?" ( Psalms 22:1-2, NIV)

Tiada kalimah Allah di sini, dan dirujuk sebagai 'Bapa':

"And he went a little further, and fell on his face, and prayed, saying, O my Father, if it be possible, let this cup pass from me: nevertheless not as I will, but as thou [wilt]. " ( Matthew 26:39)

" For he hath made him [to be] sin for us, who knew no sin; that we might be made the righteousness of God in him." ( 2Corinthians 5:21)

Dalam Luke 23:46 tercatit:

"And when Jesus had cried out with a loud voice, He said , 'Father, into Your hands I commit My spirit.' Having said this He breathed His last."

Bayangkan kalau ayat di atas diterjemahkan (secara umumnya) sebagai:

"Dan kala Jesus merintih dengan suara yang kuat, dia berkata, 'Allah Bapa, pada tangan-Mu aku menyerahkan jiwaku (rohku). Selepas mengatakan sedemikian dia menghembuskan nafas terakhir.""
Sumber asal di sini.

Bukan saja anak cucu kita mahu dikelirukan, malah, akidah mahu digoyahkan. Implikasinya, mahu dibuktikan terjadi, sudah terhantuk baru mahu terngadah, begitukah?

"satu hari nanti akan ada dua versi ALLAH iaitu ALLAH lam yalid wa lam yulad (tidak beranak dan tidak diperanak (dilahirkan oleh ibubapa)) dan satu lagi ALLAH yang ada anak.

Pada waktu itu baru lah akan berlaku kekeliruan dan fitnah yang besar dalam masyarakat Islam. Boleh menyembah ALLAH dalam Islam dan dalam kristian??? Mana anak-anak (zaman akan datang) nak pilih yang kena solat lima waktu atau pergi gereja seminggu sekali sahaja? sedangkan kedua-dua sembah ALLAH jua?"
Sumber asal di sini.

Nyatakan pendirian anda di sini : http://www.muslimconsumer.org.my/herald/index.php

Saya Rakyat Malaysia : Rindukan kedamaian.

No comments: