Tuesday, 9 February 2010

Alhamdulillah : Nizar Kalah 5-0!


Saya mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana kekalahan Nizar. Kekalahan Nizar pada masa yang sama bukan sahaja berjaya mengelakkan terbentuknya Republic of DAP tetapi juga membuktikan betapa Sultan Azlan Shah, seorang Sultan yang bijaksana.

Kepada Nizar, berhentilah meroyan. Rakyat nak kerja, nak makan, nak hidup aman, damai dan tenteram. Rakyat nak ke masjid, nak sembahyang, nak menunaikan amanah. Bukan macam kamu. Berhentilah meroyan. Orang dah tak nak dengar fitnah dan tohmahan kamu itu. Kalau benar kamu mahu kuasa dipulangkan kepada rakyat, mengapa kamu benarkan Dato' Nasa melompat parti pada mulanya? Kenapa tidak bubar DUN waktu itu? Walhalalku, walharammu. Jangan jadi hipokrit, tidak ada sekelumit pun integriti!

Kalau kamu mati nanti, siapa sembahyangkan kamu? Ngeh dan Nga? Sudah-sudahlah tuh Nizar meroyan Ooi! Nizar masih meroyan di Sini

Bukit mana yang kamu tak sempat nak tarah? Tanah mana yang tak sempat kamu bahagi? Pasir mana yang kamu tak sempat nak agih? Rakyat Bukit Gantang & Pasir Panjang undi kamu untuk bekerja, bukan untuk meroyan!

Friday, 8 January 2010

Agama Kami, Agama Kami; Agama Kamu, Agama Kamu

Apakah ada orang yang lebih Islam jika dibandingkan dengan Islam yang satu lagi?

"Kini mereka pula, pada zahirnya penuh bersemangat membantah kalimah Allah digunakan oleh Kristian Katholik. Maka adalah memang benar kalimah Allah itu tidak layak digunakan oleh sesiapun sekiranya dinisbahkan kepada konsep
ketuhanan yang bercanggah dengan sifat ke-esa-an Allah itu apatah lagi dengan apa-apa konsep ketuhanan yang sesat lagi menyesatkan.

Justeru, apakah mereka-mereka yang membantah ini benar-benar marah kerana mempertahankan ke-Esa-an Allah atau buat-buat marah supaya mereka digelar orang sebagai pembela agama?"
Sumber asal di sini.

Apakah ada satu saja kelompok di dalam kepompong dan di bawah tempurung yang boleh menggelarkan mereka Islam? Islamkah mereka di mata Tuhan yang Esa apabila mereka ini menolak perpaduan ummah? Islamkah mereka apabila mereka mengkafirkan saudara se-Islam mereka, tetapi berpeluk dan bersalam pula dengan musuh Islam yang nyata. Berbaik sangka dengan penzina dan berbaik sangka pula dengan musuh Islam yang nyata.

Saya yakin ada saja penyokong PAS yang menyertai perhimpunan damai di luar masjid seluruh negara semalam. Saya yakin, dengan perjuangan yang ikhlas, kerana Allah Taala, Insya Allah, dengan izin Tuhan, kita beroleh kejayaan. Namun, jika kita gagal, kita hanya mampu berserah kepada Allah, semoga Allah melindungi umat Islam di bumi Malaysia ini. Semoga Allah melindungi anak cucu kita dari dikelirukan oleh musuh Islam yang nyata.

Saya tertanya-tanya sudah berpuluh-puluh tahun mereka menggunakan istilah Jesus sebagai Tuhan mereka. Kenapa pula baru sekarang mereka hendak menyibuk-nyibuk menggunakan istilah Allah?

"Apa relevennya pihak Herald Tribune di Malaysia begitu mahukan mengunakan nama Allah,walhal dinegara kristian dan majoriti 98% penduduk penganut kristian sendiri menolak mengunakan nama Allah. Sudah pasti tujuan dan niat boleh dipersoalkan.Apa sebabnya PAS dan PKR begitu mahukan nama Allah digunakan oleh Herald Tribune jika tidak bermotifkan politik semata mata dan disamping itu matlamat pihak gereja jelas mempunyai matlamat tersembunyi."
Sumber asal di sini.

Cubalah anda bayangkan apabila mereka berjaya sepenuhnya menggunakan kata nama Allah dalam penerbitan mereka.

"Dalam Old Testament, 'Eli, Eli lama sabachthani' dicatit sebagai:

"My God, my God, why have you forsaken me? Why are you so far from saving me, so far from the words of my groaning?" ( Psalms 22:1-2, NIV)

Tiada kalimah Allah di sini, dan dirujuk sebagai 'Bapa':

"And he went a little further, and fell on his face, and prayed, saying, O my Father, if it be possible, let this cup pass from me: nevertheless not as I will, but as thou [wilt]. " ( Matthew 26:39)

" For he hath made him [to be] sin for us, who knew no sin; that we might be made the righteousness of God in him." ( 2Corinthians 5:21)

Dalam Luke 23:46 tercatit:

"And when Jesus had cried out with a loud voice, He said , 'Father, into Your hands I commit My spirit.' Having said this He breathed His last."

Bayangkan kalau ayat di atas diterjemahkan (secara umumnya) sebagai:

"Dan kala Jesus merintih dengan suara yang kuat, dia berkata, 'Allah Bapa, pada tangan-Mu aku menyerahkan jiwaku (rohku). Selepas mengatakan sedemikian dia menghembuskan nafas terakhir.""
Sumber asal di sini.

Bukan saja anak cucu kita mahu dikelirukan, malah, akidah mahu digoyahkan. Implikasinya, mahu dibuktikan terjadi, sudah terhantuk baru mahu terngadah, begitukah?

"satu hari nanti akan ada dua versi ALLAH iaitu ALLAH lam yalid wa lam yulad (tidak beranak dan tidak diperanak (dilahirkan oleh ibubapa)) dan satu lagi ALLAH yang ada anak.

Pada waktu itu baru lah akan berlaku kekeliruan dan fitnah yang besar dalam masyarakat Islam. Boleh menyembah ALLAH dalam Islam dan dalam kristian??? Mana anak-anak (zaman akan datang) nak pilih yang kena solat lima waktu atau pergi gereja seminggu sekali sahaja? sedangkan kedua-dua sembah ALLAH jua?"
Sumber asal di sini.

Nyatakan pendirian anda di sini : http://www.muslimconsumer.org.my/herald/index.php

Saya Rakyat Malaysia : Rindukan kedamaian.

Sunday, 6 December 2009

SELCAT – Satu Lagi Bukti DAP Gila Kuasa



Apa itu SELCAT?

"Saya ingin mempertegaskan kenyataan saya bahawa Teng Chang Kim (Pengerusi Selcat) ada agenda lain dalam Selcat. Ini boleh dibaca melalui beberapa insiden lain di negeri lain yang melibatkan DAP dan 'perkaumannya'. Teng cuba mendedahkan kepada dunia bahawa penjawat awam di Malaysia yang dikuasai oleh kaum melayu (semua DO-DO adalah melayu) adalah penyeleweng, bersubahat dengan rasuah dan melindungi penjenayah pecah amanah. Dihujung jalan episod ini ialah, Teng (DAP) mahu jawatan PTD mesti dibuka kepada kaum lain.
"

Sumber asal, Penyapulidi yang saya yakin seorang pegawai kerajaan kerana menggunakan kosa kata yang bersesuaian.

DAP nak ganti PTD / DO / YDP kepada bukan Melayu, Islam? Bukan Melayu, Islam boleh jadi Pengerusi Masjid? Langkah mayat Melayu, Islam dululah! Kalau setakat langkah gambar, apa ada? Memang dasar kena potong!

Dah tak boleh jadi MB, tak boleh pegang portfolio Kewangan, sibuk nak soal siasat orang, alasan Selcat. Pasni Selcat boleh ambil alih kerja Khalid. Khalid sila letak jawatan, kerja anda Selcat boleh buat.

Saturday, 5 December 2009

Republic of Penang - Courtesy of LKY


Pulau Pinang bakal jadi Pulau Singapura. Pegawai kerajaan Pulau Pinang tentu tahu perkara ini. Bila orang Melayu dan Islam Pulau Pinang hendak bangkit?
Say NO to 'rezoning!' Say NO to kunun khalifah Melaka ex-banduan LGE!
Jangan dengar saja janji-janji manis LGE. Nampak bulan dan bintang, sampai batang pokok pinang kena tebang!


Friday, 4 December 2009

Doa lagi - Anda sanggup?

Sesungguhnya semua orang Islam itu bersaudara. Anda sanggup mendoakan keburukan kepada saudara se-Islam anda? Anda rela orang Islam lain yang tidak sehaluan, sealiran dan sependapat dengan anda binasa?



Saya tidak akan berputus asa mendoakan saudara se-Islam saya yang menjadi penyokong tegar PAS dilembutkan hati dan dicelikkan mata. Doalah yang baik-baik, semoga kita semua diberkati, hidup aman damai, tenteram di bawah keredhaan-Nya. Semoga kita dilindungi dari musuh Allah yang nyata.

Thursday, 3 December 2009

Apakah hukumnya doa ini?



Apa rasionalnya orang Islam bermusuh dengan orang Islam? Keji sangatkah UMNO, lebih keji dan hina daripada pemakan najis?