Thursday, 16 July 2009

Manek Urai : Bukti Perpecahan Melayu

Gambar hiasan ihsan The Star Online

Kaum lain bertepuk tangan dengan penuh girang melihat keputusan pilihan raya Manek Urai. Keputusan Manek Urai yang penduduknya majoriti adalah orang Melayu membuktikan orang Melayu dengan penuh emosi berpecah kepada dua. Saya merasakan UMNO tidak perlu berbangga dengan keputusan Manek Urai ini. Ikutlah resmi padi, makin berisi, makin tunduk. Jangan diikut resmi lalang, sudahlah tidak berguna, menjadi tempat ular, dan binatang lain bersembunyi.

Saya rasa masih ada sebilangan pemimpin UMNO yang bongkak dan tidak menghargai pengundi yang mengundi mereka di Manek Urai. Hanya sesetengah sahaja pemimpin UMNO yang mengucapkan terima kasih dan memberi penghargaan kepada warga penduduk Manek Urai yang sudi mengundi UMNO. Mungkin ego besar menyebabkan hati dan jiwa menjadi kecil.

Saya mencadangkan UMNO dan kerajaan Barisan Nasional menunaikan janji di 5 kawasan daripada 9 kawasan yang UMNO menang di peti-peti undi kawasan tersebut. Buktikanlah kepada penduduk Manek Urai apakah perbezaan UMNO dan PAS. Buatlah sesuatu ikhlas dengan niat kerana Allah Taala.

Kembali kepada keputusan, saya harus memuji sikap UMNO dan Barisan Nasional yang sangat matang dan sangat professional dalam menerima kekalahan. Biarpun kalah 6 undi, Barisan Nasional tidak akan mengadakan demonstrasi jalanan, tidak akan menghasut orang rami membenci SPR dan tidak akan mencari hantu-hantu untuk dipersalahkan.

Manek Urai merupakan satu kawasan majoriti Melayu. Peratusan penduduk Melayu adalah melebihi 90%. Keputusan Manek Urai ini membuktikan kuasa penentu adalah di kalangan orang bukan Bumiputera dan bukan Melayu. Mereka inilah yang akan menyebabkan Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat memenangi sesuatu kawasan.

Justeru, apakah peluang yang ada oleh Barisan Nasional di kawasan yang majoriti Melayu kurang 70%? Mungkin oleh kerana peratusan ini, DS Najib lebih banyak menumpukan kebajikan bukan Melayu dan bukan Bumiputera?

Mungkin kita boleh pilih pemipin yang akan melakukan kerosakan yang kurang daripada yang lain, atau dengan kata lain, ‘which is the lesser evil’? Yang mengadakan liberasasi sesetengah bidang dan dalam masa yang sama menjamin hak dan kepentingan Bumiputera atau yang mahu menghapuskan terus identiti Melayu dan Islam di bumi Malaysia ini?

Saya akan terus mendoakan saudara-saudara Islam saya di dalam PAS dan PKR untuk membuka mata dan hati mereka. Apakah bentuk negara Malaysia yang akan kita diami sekiranya Pakatan Rakyat memerintah nanti?

United we bargain, divided we beg!

2 comments:

Ashley Ahmed said...

Salam,

kita sm2 doakan, negara kita tidak di perintah oleh kongsi gelap. Cina pun tak akan mahu kongsi gelap berkuasa.

Allah selamatkan Malaysia!

Saya Rakyat Malaysia said...

Ye, setuju agen j! Marilah kita sama2 doakan Allah melindungi Malaysia.

Arkitek 13 Mei sudah bersuara, janganlah kita sahut seruan mereka.

Di China, kerana berlaku pergeseran kaum, nak keluar sembahyang Jumaat pun tak boleh..