Thursday 2 July 2009

Politik Ugut-Mengugut : DAP Kedah Keluar PR

Sumber asal DAP keluar Pakatan di sini dan di sini. Anwar menafikan di sini. Nik Aziz tak sokong Azizan - tapi tak mahu mengaku di sini.



Gambar hiasan ihsan Utusan dan NST.

DAP Kedah mengugut untuk keluar dan telah pun keluar dari Pakatan Rakyat di Kedah. Tetapi, Lim Guan Eng pula berkata, ia bergantung kepada keputusan DAP Pusat.

DAP Kedah tidak berpuas hati dengan penutupan pusat sembelihan khinzir oleh Kerajaan Kedah dan kuota 50% untuk pembelian rumah Bumiputera.

Mengapa DAP begitu mudah mengugut PAS di Kedah, sedangkan PAS begitu bertolak ansur di Selangor, Pulau Pinang dan Perak?

DAP di Kedah dengan angkuhnya mengungkit kemenangan PAS adalah atas ihsan orang Cina dan yang berkerja keras berkempen untuk orang PAS adalah orang DAP.

Jika Pakatan Rakyat mengatakan yang Barisan Nasional merupakan parti berteraskan kaum dan memecah belahkan perpaduan Malaysia, apakah dengan keangkuhan DAP ini rakyat Malaysia akan lebih bersatu padu?

Sepatutnya, PAS juga boleh bertindak Jantan dan tidak tunduk membisu di Selangor, Pulau Pinang dan Perak kerana kemenangan DAP adalah juga atas ihsan orang Melayu.

Sebelum PRU 2008, PAS bersungguh-sungguh kononnya ingin menubuhkan negara Islam, menegakkan syiar Islam dan macam-macam Islamisasi lagi. Namun, janji tinggal janji. Brother-Anwar-Bin-Ibrahim telah berjaya mengliberalkan Parti Islam SeMalaysia.

Saya merasakan diversion tactics kali ini adalah seperti membaling 2 ekor burung dengan satu batu. Seekor burung di Manek Urai dan seekor lagi di Putrajaya sedang menangguhkan kesnya.

Tindakan tegas PAS akan dipandang seolah-olah masih memperjuangkan agama Islam kerana bersungguh-sungguh membersihkan negeri Kedah dari khinzir. Sekaligus, kepercayaan orang Islam akan kembali kepada PAS di Manek Urai.

Selepas menang di Manek Urai, DAP akan dipujuk kembali oleh Tuan Guru Nik Aziz untuk kembali ke pangkuan PAS. The longer the break up, the best the make up. Akan kembali berkasih lah mereka semula.

Diversion tactics ini mungkin berjaya kerana dua orang yang akan mendapat political mileage daripadanya telah menafikannya dan seorang lagi telah tidak mahu terlibat dalam kemelut ini. Ini akan memperkukuhkan lagi diversion tactics supaya pengundi Manek Urai tidak bau kencing yang hancing dan kentut yang busuk mereka-mereka itu.

2 comments:

Ashley Ahmed said...

Salam,

Betul 2 Bro PAS nak menang di Manek Urai, sbb tu tutup pst ptg babi haram tu, lepas menang buka balik, betul kan.

Anonymous said...

DAP Kedah ugut PAS sebenarnya sebagai warning pada Anwar Ibrahim supaya jaga telatah budak-budak dia di Penang yang asyik dok kacau Kerajaan DAP di Penang. Jadi kalau tak nak malu Pakatan roboh, hang kena betul perangai!

http://penpusaka.blogspot.com