Sunday 6 September 2009

Racist biar bertempat, Islam agama rasmi Malaysia

Kami tinggal di atas satu tanah, kami bernafas sama dengan udara yang kamu hirup, kami dengar apa yang kamu dengar, kami lihat apa yang kamu lihat dan kami hidu apa yang kamu bau.

Apabila ada seorang warga India, berkata, “kami boleh terima azan lima kali sehari,” mungkin nampak seperti kami ini racist, tidak boleh menerima kuil membunyikan locengnya beberapa kali sehari sehingga larut malam, nampak seperti kami ini racist, bila kami takut ada samseng 303 akan berlegar-legar di kawasan perumahan kami, nampak seperti kami racist apabila sampai waktu sembahyang kami, kami ke surau dan anda turut mahu ke kuil dan bersama-samalah kita bersesak di satu bahu jalan.

Jika anda memperjuangkan pembinaan kuil anda, bukankah anda juga seorang warga India yang racist?

Saya bersyukur kerana agama rasmi di negara Malaysia adalah agama Islam. Saya bersyukur kerajaan Malaysia membenarkan azan berkumandang, tidak seperti di Singapura, azan hanya dibenarkan di dalam masjid dan surau sahaja. Itu pun orang PAS dan PKR masih tidak mahu sedar-sedar juga. Saya sentiasa mendoakan agar penyokong-penyokong tegar PAS dan PKR agar dibukakan mata dan dilembutkan hati. Bersatulah umat Islam, kiblat kita SATU! Haramkah kamu makan sembelihanku?


3 comments:

YANG GAMBI said...

Salam, tangan orang-orang Melayu Islam yang memberi undi kepada mereka harus dipertanggungjawakan dan akan dipersoalkan nanti....

Ashley Ahmed said...

Salam,

sedih dialogitu dianggap tidak bertamadun oleh sesetegh pihak yg dulu mati2 kat berjuang krn Islam.

udanggalah said...

Salam..Kalau orang lain yang buat semua tak betul sebab mereka anggap mereka saja yang betul