Friday, 25 September 2009

Pelanduk usah dibiarkan mati di tengah-tengah; Biarkan sahaja Gajah dengan Gajah bertarung


Sehingga hari ini saya masih mencari jawapan mengapa, kenapa dan nak buat apa Selcat masih ingin menyiasat bagaimana wakil rakyat BN membelanjakan RM500,000 dalam tempoh 2 bulan sebelum pilihan raya ke-12? Selcat ini sudah tidak ada kerja lainkah? Selcat ini kerjanya hanya untuk menggali lubangkah? Selcat ini apa sebenarnya? Selcat, anggotanya, pengerusinya bila menghadiri, mempengerusi dan bermesyuarat ada dapat elaun. Elaun yang mereka ini dapat hanya untuk membincangkan perihal orangkah?

Akhirnya, saya merasakan jawapannya hanya satu, supaya dapat memalukan pegawai kerajaan dan membuktikan kononnya wang disalahgunakan oleh wakil rakyat BN. Memalukan, mengaibkan dan memburukkan orang lebih penting daripada memajukan, membangunkan dan membina keharmonian negara.

Saya mempunyai 2 teori mengapa Hassan Ali berani membela pegawai kerajaan daripada disoal siasat oleh Selcat .
  1. Hassan Ali ingin membuktikan suaranya masih didengari walaupun telah dimalukan oleh Ronnie Liu yang kononnya tidak tahu beer itu haram dan bukan arak. Hassan Ali ingin membuktikan kononnya PAS masih memperjuangkan Islam, walaupun motto PAS kini PAS for all.

  2. Hassan Ali sengaja mencari pasal dengan Pakatan haram Riot supaya dia dikeluarkan dan dihalau keluar oleh Rioters. Mungkin ini plan B, C atau F. Sila rujuk di sini.

Maka, implikasinya;

  1. PAS akan menang di Bagan Pinang kerana walaupun PAS dalam Pakatan haram Rakyat kononnya masih berani menegakkan Islam, walaupun dipandang selekeh dan remeh oleh DAP.

  2. Akhirnya kerajaan Islam PAS-UMNO akan terbentuk di Selangor.

Mari kita saksikan bagaimanakah pengakhiran cerita ini. Saya masih belum pasti cerita ini rekaan dan produksi Brother Anwar Bin Ibrahim atau Hassan Ali sendiri. Apapun saya doakan apa sahaja yang terjadi bakal menguntungkan semua rakyat, memakmurkan negeri dan memberi kebaikan kepada ummah.

Saya berharap pelanduk (baca UMNO) usah mati di tengah-tengah; biarkan sahaja Gajah (baca PAS) dan Gajah (baca DAP) bertarung. UMNO, ini bukan pertarungan anda, perbalahan ini bukan di gelanggang anda. Penyelesaian masalah ini perlu. Ramai yang mahu melihat bagaimana PAS jika dapat memegang tampuk kuasa dan mentadbir negara.



1 comment:

Junah said...

Salam eid mubarak!

politic is perception. That is what Hassan is pulling now.