Thursday 27 August 2009

DAP Racist : Satu lagi bukti Lim Kit Siang racist

He who claimed Malays are racist. He himself is racist - full with hatred and anger (Ex setpol of Lee Kuan Yew). Go back to Singapore if you are not happy in Malaysia!

Quoting : LKS cut and paste from Hussein Ahmad
How do we match the non Malays in population growth? Easy – bring in the Indonesian initially as pendatang asing – to provide the country with much needed cheap labour – then give them PR status – then citizenship.

Sumber asal di sini.

Kenapa saudara satu gagasan Kepulauan Melayu kita dipanggil pendatang asing (sebelum pembentukan Malaysia)? Saya boleh faham, jika gelaran pendatang asing ini diberikan kepada warganegara Indonesia yang berhijrah ke negara ini secara haram. Tetapi jika mereka datang dengan dokumen yang sah dan menjadi warganegara Malaysia, adakah wajar mereka masih dipanggil pendatang asing?

Mengapa apabila ada anak-anak Cina dan India tidak ada kad pengenalan terus dikatakan kerajaan zalim? Lazimnya, kita sedia maklum orang Cina dan India ini sangat berhati-hati dengan hak mereka sebagai warga negara. Mereka akan menuntut bersungguh-sungguh apa sahaja yang mereka boleh tuntut. Sangat tidak masuk akal, mereka tidak mendaftarkan kelahiran anak mereka di bumi Malaysia ini. Saya merasakan mereka sebenarnya membawa masuk anak-anak Cina dan India ke dalam negara ini. (Selepas pembentukan negara Malaysia) untuk meramaikan orang Cina dan India. Anak-anak ini tidak pula digelar oleh orang Melayu sebagai pendatang asing? Satu lagi contoh ialah guru-guru di sekolah menengah kebangsaan cina swasta yang dibawa masuk dengan begitu ramai dari Tanah Besar China. Guru-guru ini bukankah akan menambahkan lagi bilangan orang Cina di bumi Malaysia ini, dan mereka ini tidak pula kami gelar pendatang asing.

Lim Kit Siang dan DAP sudah-sudahlah mencucuk sentimen perkauman. Bila kami, tak boleh sahaja, kononnya kamilah orang paling racist di dunia ini. Rupa-rupanya kamu lagi racist melabel semua orang Melayu pendatang asing!

Jeff Ooi dan DAP mengutuk agama Islam tidak ada seorang pun pemimpin PAS yang membela agama Islam. Adakah kami racist atau kamu sebenarnya yang racist dan extremist?

Saya akan terus mendoakan saudara-saudara Islam saya di Malaysia ini terutamanaya penyokong tegar PAS dan PKR agar dibukakan mata dan dilembutkan hati. Di bulan Ramadhan ini, saya mendoakan bumi Malaysia ini agar terus aman damai dan dilindungi Tuhan. Saya mendoakan agar rakyat di negara Malaysia akan terus dapat mendengar azan, tidak seperti di Singapura. Saya mendoakan agar rejimen Askar Melayu Di Raja Malaysia akan terus kekal wujud, tidak seperti di Singapura. Semoga kita semua berada di bawah rahmatNya.

1 comment:

Ashley Ahmed said...

Salam,

Betul tu. Orang2 dari kepulauan Melayu bukan lah pendatang jika berhijrah ke malaysia,mereka cuma kembali ke tanah asal. Orang2 bukan dari kepulauan Melayu bila nak pulang ke Tanah besar?