Thursday, 6 August 2009

Hak Saya, Hak Kamu, Hak Kami


Quoting:

Lelaki, perempuan, tua dan muda, pelbagai kaum, bermacam agama, semuanya berhimpun secara aman di ibu kota. Hak untuk berhimpun secara aman adalah hak asasi rakyat. Tapi nampaknya hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ini sudah tidak ada guna lagi. Hak kita sudah hancur kerana polis yang bersenjata, yang berkuasa penuh, yang sombong dan angkuh, kini telah menentukan hak kita.

Bila polis kata perhimpunanan itu haram, maka kita semua yang berhimpun atas dasar kebebasan dan hak yang telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, telah menjadi mangsa kekerasan polis. Ya, polis yang mengaku diri sahabat rakyat, kini menunjukkan belang sebenar mereka. Tak sangka, dengan sedikit kuasa itu, mereka sudah merasakan diri seperti Firaun.


Sumber asal di sini.

Bagaimana pula hak peniaga untuk menjalankan perniagaannya? Bagaimana pula hak mereka yang ingin mengunjungi kawasan tersebut? Bagaimana pula dengan hak mereka yang ingin membawa keluarga mereka membeli belah?

Hak peniaga dan hak rakyat untuk merasa selamat dinafikan. Apabila mereka ini membuat perhimpunan secara haram, di tempat awam, hak untuk rakyat yang tidak mahu ikut sama perhimpunan tersebut dinafikan!

Mereka asyik memperkatakan itu hak mereka untuk berhimpun, itu hak mereka untuk bersuara. Pernahkah mereka fikir, orang lain pun ada hak juga!

Saya tertanya-tanya, kenapa, mengapa dan apakah sebabnya perhimpunan haram menentang ISA tersebut dibuat di Jalan Tuanku Abdul Rahman? Mengapa tidak pilih Lebuh Raya Persekutuan yang tentunya lebih dekat dengan Istana Negara? Bukankah itu pun tujuan asalnya? Untuk menyerahkan memorandum kepada Istana? Mengapa Pakatan Riot dan Pakatan gangsteR tidak mahu menghadap ke bawah Duli Sultan? Mengapa tidak diadakan demonstrasi di Stadium, tempat mereka selalu berhimpun?

Sudah-sudahlah Brother Anwar Bin Ibrahim! Demonstrasi anda tidak laku di bumi Malaysia yang aman damai ini. Rakyat Malaysia cintakan keamanan, Rakyat Malaysia patuh Perlembagaan, Rakyat Malaysia akur Rukun Negara!

6 comments:

YANG GAMBI said...

Salam,

Anwar hanya menentukan hak dia sahaja, hak orang lain pergi jahanam...

Hak dia di bahagian belakang jangan sapa-sapa nak cuba usik.......

TokAyah said...

PAKATAN GANGSTER MANA TAHU HAK RAKYAT YANG LAIN. YANG MEREKA TAHU HANYA HAK MEREKA HINGGA SANGGUP MEMBAWA KANAK-KANAK DAN PEMUDA-PEMUDA DARI LUAR KUALA LUMPUR. HAK MEREKA BOLEH MENEGAKKAN PELIWAT? DIMANA HAK ORANG YANG KENA LIWAT? DIMANA HAK SAYA SEBAGAI RAKYAT YANG BERSIMPATI DENGAN ORANG YANG KENA LIWAT? SAYA PUN NAK TAHU JUGA KEBENARANNYA SEBAGAI RAKYAT.

Junah said...

Salam,

Hak kamu, hak saya, hak saya hak saya sendiri. ring a bell?

ddinbunga said...

salam, bro.....perkara yang tak baik memang senang menjadi ikutan....ANWar patut mengajak ramai2 anak muda pergi masjid dan surau....bukan nya melepak di jalanan..

jangan jadi bodoh..hanya ANWar dan bersekokong dengannya saja yang takut ISA...rakyat lain yang tak terfikir nak buat salah sikit pun tak heran ISA...

Jadi bagi budak hingusan...fikir2lah jangan jadi kuda padi dik AnWar dan puak pengderhaka dan pengkhianat.

Bro singgah2 lah ke blog teman wassalam.

lagenda said...

Salam Ziarah...

Anwar adalah pengkianat bangsa melayu apa yang nak diherankan dengan dia yang penting jangan biarkan dia terus bermaharajela dibumi Malaysia ini

Tungaklangit said...

SALAM

SEMPENA MENYAMBUT BULAN RAMADHAN INI SAYA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MEMOHON MAAF ATAS KEKASARAN BAHASA SEMASA MEMBERI ULASAN KEPADA SAUDARA-SAUDARA SEKALIAN

SEMOGA RAMADHAN INI DAPAT MENYATUKAN HATI UMAT ISLAM DI MALAYSIA INI...

SALAM SEJAHTERA