Sunday 30 August 2009

Negaraku Merdeka, Merdeka, Merdeka!

Negaraku, Tanah tumpahnya darahku.

Rakyat hidup, Bersatu dan maju.

Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan.

Raja kita, Selamat bertakthta.

Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan.

Raja kita, Selamat bertakhta.


SRM: Kita akan lebih menghargai sesuatu, apabila kita telah kehilangannya. Waktu itu, mungkin sudah terlambat. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Thursday 27 August 2009

Bila UMNO Kalah, PAS boleh Menang ke?

Jika UMNO kalah semasa PRU-13 nanti, bolehkah PAS menjadi parti dominan?

Menang walaupun satu undi adalah menang. Ada beberapa perkara yang saya nampak disini.

1) Kedua dua PAS dan UMNO mempunyai pengundi setia. Pengundi Cina dan India nampaknya kearah PAS. Bukan sebab suka PAS sangat tetapi PAS tidak sepert UMNO, bukan teras dalam PR. Sekiranya ( dijauhkan Allah swt) BN tumbang, maka kuasa politik Melayu akan berakhir. Ini kerana PAS tidak akan jadi teras PR.

2)UMNO tidak teliti pada pemilihan calon. Walaupun saya rasa tidak adil menuding Rohaizat pasal tduhan isteri 2, saya sedar ianya digunakan secara efektif oileh PAS.

3) Sikap Melayu yang sanggup terima walaupun sampah kalau disulami oleh ayat-ayat Kuran . Ini adalah perkara pelik dalam masyarakat Melayu. Tahu dan sedar perkara itu salah tetapi kerana nak puaskan hati, sanggup terima perkara salah.
Perkara salah ialah seperti suka mendengar fitnah walaupun berbuih mulut cakap 'Fitnah lebih dahsyat daripada membunuh".

4) "Double standard mentality". Tak apa PAS ada cacat cela sebab membawa 'perkataan Islam". Jadi kalau isteri 2 atau 3 dan rumah tangga tunggang langgang tak apa. Tak apa juga memaki hamun sesama Islam seperti selalu Mohd Sabu buat. Fitnah ( berita yang tak sahih dan disampaikan pula oleh fasik seperti RPK) diterima bulat-bulat walupun tahu itu dosa besar. Yang penting mesti serban dan tudung labuh. Lepas itu buang masa berjam-jam dengar ceramah ( pesta fitnah) mengenai Datin Rosmah atau Najib.
Dan masyarakat Melayu suka memilih apa yang mahu didengar. Apa yang sesuai dengan naluri politik kita, kita terima bulat-bulkat. Yang tak kita setuju walaupun benar kita tolak. Jadi Saiful yang sudi bersumpah laknat kitra tolak. anwar yang takut bersumpah kita terima. Apa yang UMNO buat sentiasa dipandang serong. UMNO turun padang dituduh berlakon. Tak turun padang dituduh sombong. UMNO mempertahankan hak Melayu dituduh mahu menakutkan melayu untuk menyokongnya. UMNO kritik Melayu dituduh tidak membela Melayu. Ketua bahagian UMNO kaya( sebab juga berniga) habis dituduh rasuah. Pemimpin PAS naik kereta mewah tiada siapa bising. Rumah pemimpin UMNO harga jutaan ringgit disebarkan sebagai terima rasuah walaupun beliau siap tunjuk resit.
Rumah jutaan ringgit Pemimpin PAS tiada siapa bising.

5) Budaya bermusuh PAS sesama Islam. Begitu kasar dan tiada ruang tolak ansur untuk UMNO. Saya nampak budaya Melayu suka duduk berjam-jam di kantin( tak buat kerja) tapi mengutuk kerajaan yang membayar gaji mereka . Tidak sedarkah yang mereka makan gaji buta( ambil gaji kerja tak jalan). Pemimpin PAS langsung tak mahu berbaik sangka dengan UMNO. NIk aziz mengungkit perkara yang berlaku 30 tahun lalu . Begitu tinggi dendam walaupun orang yang dimarahinya semua sudah meninggal dunia.

6) Taksub.
Otak dicuci supaya tak mahu percaya langsung Utusan Malaysia atau RTM. Harakah yang giat menyebarkan fitnah dijunjung tinggi-tinggi.

7) Bila berkuasa Hadi sebut hudud hanya 0000.1% dari Islam. Maknanya bukan perkara teras. Bila dah tak berkuasa tuduh UMNO tak mahu Islam. Menjerit-jerit dan berusaha melemahkan kuasa politik Melayu dengan sikap suka berarak dijalan raya. Mana-mana kerajaan akan bertindak dalam hal ini. Bila polis bertegas, dituduh polis zalim. Dan yang paling nyata, saya nampak ramai anak muda Melayu rasa hebat bila dah masuk universiti dan balik dari luar negeri. Kononnya dah pandai. Jadi secara lantang mereka berusaha jatuhkan UMNO. Kononnya terlalu zalim.

Mereka lupa yang UMNO banyak kebaikan. Mereka masih mentah dalam kehidupan. Mereka tidak tahu yang ramai orang( seperti DAP) menyokong PAS bukan ikhlas. Mereka mentah dalam percaturan politik kerana mereka masih muda. mereka tidak bodoh. Mereka hanya muda dan tiada pengalaman. Mereka menerima bulkat-bulat sokongan DAP tanpa sedar yang jika UMNO tumbang, bukan PAS yang naik. Apa pun kelemahan UMNO (sebagai satu parti ditubuhkan oleh manusia) , saya berdoa ianya kekal memerintah Malaysia.

Mungkin saudara tidak sedar jika tumbangnya UMNO bukan bermakna PAS akan memerintah. UMNO ialah teras dalam BN. Dari 139 kerusi, UMNO mempunyai 79 kerusi. Maknanya ianya memang dominan dalam BN. Apa erti teras. Maknanya segala keputusan mesti dapat kebenaran UMNO. Apakah PAS teras dalam PR. Tidak. Apa saja yang PAS nak buat terpaksa minta kebenaran DAP. ITu hakikatnya. Di Perak, Nizar tak lebih dari boneka. Itu adalah kebenaran. Tak tumbuh tak melata. Tak sungguh orang tak kata. Jadi Kg Baru Cina diberi grant 999 tahun. 1000 ekar diperuntukkan pada SekolaH Cina. Hal ini tak terjadi dizaman UMNO memerintah.

Di selangor, taraf Islam dah sama dengan ugama lain. Kalau ada masjid, mesti ada kuil dan tokong. Masa UMNO memerintah, perkara macam ini tak terjadi. Yang DiPertua Perbandaran tak boleh lagi runtuhkan kuil haram . Jika runtuhkan kuil haram , mereka akan digantung perkhidmatan . Pada 1998, Mohd sabu memaki hamun anwar Ibrahim dan mencabar Dr mahathir memecat beliau kerana liwat. Karpal singh juga dalam konvensyen DAP 1998 cakap ada bukti Anwar ialah homoseks.

Jujurkah Mohamad Sabu dalam hal ini. Jujurkah PAS dalam hal ini. Jika mereka pun percaya itu sikap Anwar, kenapa sanggup berkerjasama dengan Anwar. Saya bukan ahli UMNO. Saya juga kritik UMNO. UMNO pun ada silap juga. Tapi saya rasa ia tak sehipokrit PAS. Penting sangatkah kisah ( kalau betul) Rohaizat beristeri dua. Bukankah kisah hidup pemimpin PAS juga 'Panas" dengan kisah nikah di Thailand. Bukankah isteri pemimpin PAS juga meminta cerai dan tuntutan jutaan ringgit.

Bukankah juga Muslimat PAS menangis mempertahankan ADUN Bukit Lanjan yang jelas buat perkara tak baik .Jadi pentingkah menceritakan hal orang beristeri dua. Kerana Allah atau kerana politik. Inikah Islam yang kita nak tegakkan? Siapa yang fanatik? Siapa yang sanggup "berperang" menjatuhkan saudara seugama dan sanggup berbaik dengan musuh Islam sendiri untuk kepentingan politik. Siapa yang sentiasa berburuk sangka? Siapa yang jadikan orang fasik seperti Raja Petra sebagai rujukan utama? Jujurkah kita semua ? Jujurkah PAS bila menerima Anwar walaupun Mohd sabu memaki hamun anwar 11 tahun lalu. Dan soalan ini sentiasa membuatkan semua orang PAS merah muka. Tidak pernahkah terdetik dihati PAS kenapa Anwar tidak mahu bersumpah walaupun dicabar? Persoalan ini akan nampak begitu mudah jika kita jujur pada diri sendiri. Semoga bulan Ramadhan ini akan mendorong kita melihat kebenaran.

Ulasan saudara Azli: Satu sahaja kesimpulan yang boleh saya katakan di sini. Hakikatnya ramai dalam kalangan orang Melayu yang berpolitik dengan tidak ikhlas. Baik PAS mahu pun UMNO. Ini adalah masalah sikap orang Melayu-Islam, dan bukan masalah UMNO atau pun PAS. Kebanyakan orang Melayu jarang jujur dan ikhlas dalam perbuatan mereka. Kita banyak berpura-pura dan berlakon, banyak cakap tak serupa bikin. Akhirnya yang rugi Islam dan bangsa Melayu itu sendiri. Orang lain mengambil kesempatan terhadap sikap kita itu sendiri. DAP tahu PAS tidak ikhlas bekerjasama dengan mereka, sebab itulah DAP sedaya upaya menggunakan PAS untuk mencapai kehendak politik mereka. Begitu juga dengan Anwar Ibrahim, PAS dan DAP tahu Anwar bukanlah begitu jujur untuk menegakkan keadilan dan kebenaran yang selama ini dilaungkannya. Anwar hanya mahu menjadi PM semata-mata. Malah, semasa Anwar menjadi TPM, para pemimpin DAP dan PAS jugalah yang membongkarkan tingkah-laku dan skandal seks Anwar. Tetapi sekarang semua orang tutup mata dan tidak jujur kepada diri sendiri. Lantaran itu, bangsa lain mengambil kesempatan atas sikap ketidakjujuran sekilan ramai pemimpin-pemimpin politik Melayu di negara ini. Hakikatnya, baik UMNO dan PAS kita sebenarnya bukan mencari kebenaran, sebaliknya kita hanya mencari kuasa semata-mata. Inilah ketidakjujuran yang paling besar kita lakukan terhadap agama dan bangsa kita sendiri. dan akhirnya siapakah yang rugi?

Sumber asal di sini.

SRM kata : Jika UMNO kalah, PAS boleh menang ke?

Serupa tapi Tak Sama : Invasion of Privacy, Salah Laku atau Konspirasi Lagi?

Maafkan saya kerana menyiarkan gambar yang agak tidak senonoh di bulan Ramadhan yang mulia ini. Gambar bertujuan untuk mencari perbandingan dan meneliti persamaan. Namun, belum menemui jawapan.

DAP Racist : Satu lagi bukti Lim Kit Siang racist

He who claimed Malays are racist. He himself is racist - full with hatred and anger (Ex setpol of Lee Kuan Yew). Go back to Singapore if you are not happy in Malaysia!

Quoting : LKS cut and paste from Hussein Ahmad
How do we match the non Malays in population growth? Easy – bring in the Indonesian initially as pendatang asing – to provide the country with much needed cheap labour – then give them PR status – then citizenship.

Sumber asal di sini.

Kenapa saudara satu gagasan Kepulauan Melayu kita dipanggil pendatang asing (sebelum pembentukan Malaysia)? Saya boleh faham, jika gelaran pendatang asing ini diberikan kepada warganegara Indonesia yang berhijrah ke negara ini secara haram. Tetapi jika mereka datang dengan dokumen yang sah dan menjadi warganegara Malaysia, adakah wajar mereka masih dipanggil pendatang asing?

Mengapa apabila ada anak-anak Cina dan India tidak ada kad pengenalan terus dikatakan kerajaan zalim? Lazimnya, kita sedia maklum orang Cina dan India ini sangat berhati-hati dengan hak mereka sebagai warga negara. Mereka akan menuntut bersungguh-sungguh apa sahaja yang mereka boleh tuntut. Sangat tidak masuk akal, mereka tidak mendaftarkan kelahiran anak mereka di bumi Malaysia ini. Saya merasakan mereka sebenarnya membawa masuk anak-anak Cina dan India ke dalam negara ini. (Selepas pembentukan negara Malaysia) untuk meramaikan orang Cina dan India. Anak-anak ini tidak pula digelar oleh orang Melayu sebagai pendatang asing? Satu lagi contoh ialah guru-guru di sekolah menengah kebangsaan cina swasta yang dibawa masuk dengan begitu ramai dari Tanah Besar China. Guru-guru ini bukankah akan menambahkan lagi bilangan orang Cina di bumi Malaysia ini, dan mereka ini tidak pula kami gelar pendatang asing.

Lim Kit Siang dan DAP sudah-sudahlah mencucuk sentimen perkauman. Bila kami, tak boleh sahaja, kononnya kamilah orang paling racist di dunia ini. Rupa-rupanya kamu lagi racist melabel semua orang Melayu pendatang asing!

Jeff Ooi dan DAP mengutuk agama Islam tidak ada seorang pun pemimpin PAS yang membela agama Islam. Adakah kami racist atau kamu sebenarnya yang racist dan extremist?

Saya akan terus mendoakan saudara-saudara Islam saya di Malaysia ini terutamanaya penyokong tegar PAS dan PKR agar dibukakan mata dan dilembutkan hati. Di bulan Ramadhan ini, saya mendoakan bumi Malaysia ini agar terus aman damai dan dilindungi Tuhan. Saya mendoakan agar rakyat di negara Malaysia akan terus dapat mendengar azan, tidak seperti di Singapura. Saya mendoakan agar rejimen Askar Melayu Di Raja Malaysia akan terus kekal wujud, tidak seperti di Singapura. Semoga kita semua berada di bawah rahmatNya.

Friday 21 August 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak


Saya mengucapkan selamat berpuasa kepada pembaca dan rakan-rakan blog semua. Semoga bulan Ramadhan ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Saya memohon maaf atas segala kesalahan bahasa atau terlanjur kata. Tulisan dalam blog ini sekadar bingkisan minda sahaja.

Thursday 6 August 2009

Hak Saya, Hak Kamu, Hak Kami


Quoting:

Lelaki, perempuan, tua dan muda, pelbagai kaum, bermacam agama, semuanya berhimpun secara aman di ibu kota. Hak untuk berhimpun secara aman adalah hak asasi rakyat. Tapi nampaknya hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ini sudah tidak ada guna lagi. Hak kita sudah hancur kerana polis yang bersenjata, yang berkuasa penuh, yang sombong dan angkuh, kini telah menentukan hak kita.

Bila polis kata perhimpunanan itu haram, maka kita semua yang berhimpun atas dasar kebebasan dan hak yang telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, telah menjadi mangsa kekerasan polis. Ya, polis yang mengaku diri sahabat rakyat, kini menunjukkan belang sebenar mereka. Tak sangka, dengan sedikit kuasa itu, mereka sudah merasakan diri seperti Firaun.


Sumber asal di sini.

Bagaimana pula hak peniaga untuk menjalankan perniagaannya? Bagaimana pula hak mereka yang ingin mengunjungi kawasan tersebut? Bagaimana pula dengan hak mereka yang ingin membawa keluarga mereka membeli belah?

Hak peniaga dan hak rakyat untuk merasa selamat dinafikan. Apabila mereka ini membuat perhimpunan secara haram, di tempat awam, hak untuk rakyat yang tidak mahu ikut sama perhimpunan tersebut dinafikan!

Mereka asyik memperkatakan itu hak mereka untuk berhimpun, itu hak mereka untuk bersuara. Pernahkah mereka fikir, orang lain pun ada hak juga!

Saya tertanya-tanya, kenapa, mengapa dan apakah sebabnya perhimpunan haram menentang ISA tersebut dibuat di Jalan Tuanku Abdul Rahman? Mengapa tidak pilih Lebuh Raya Persekutuan yang tentunya lebih dekat dengan Istana Negara? Bukankah itu pun tujuan asalnya? Untuk menyerahkan memorandum kepada Istana? Mengapa Pakatan Riot dan Pakatan gangsteR tidak mahu menghadap ke bawah Duli Sultan? Mengapa tidak diadakan demonstrasi di Stadium, tempat mereka selalu berhimpun?

Sudah-sudahlah Brother Anwar Bin Ibrahim! Demonstrasi anda tidak laku di bumi Malaysia yang aman damai ini. Rakyat Malaysia cintakan keamanan, Rakyat Malaysia patuh Perlembagaan, Rakyat Malaysia akur Rukun Negara!