Saturday, 3 October 2009

Penyapu, Buluh Runcing dan Ganyang Malaysia

Penyapu dalam masyarakat Melayu membawa satu konotasi negatif dan satu simbol sial. Begitu juga dengan kaum lain, menyapu di waktu pagi kononnya membuang rezeki. Apa pun, penyapu adalah satu simbol yang tidak baik.

Sebelum 13 Mei 1969, perarakan oleh orang Cina disertakan dengan penyapu sebagai satu simbol untuk menyapu orang Melayu keluar dari Malaysia. DS Khir Toyo terpaksa akur dan memohon maaf kepada pegawai kerajaan yang beliau ‘anugerahkan’ dengan penyapu. Indonesians kononnya ingin ‘sweep out’ orang Malaysia dari Indonesia dan menghentikan orang ramai di tengah jalan sambil memegang buluh runcing.

Takdir Ilahi, penentu segalanya, berlaku gempa maha dasyat yang kini telah mengorbakan ribuan nyawa. Rakyat Malaysia yang terkenal dengan sifat perikemanusiannya menghulurkan tangan dan memberikan pertolongan. Namun, adakah rakyat Indonesia menghargainya?

Apakah jumlah rakyat Indonesia yang sebegitu besar tidak langsung dapat memberikan bantuan? Jika seorang mendermakan 1000 Rupiah (100 Rupiah lebih kurang 30 sen) tentu besar jumlah yang dapat dikumpulkan.

Apapun, saya sebagai rakyat Malaysia rasa terharu terhadap tenaga kerja rakyat Malaysia terutamanya para doktor yang mengorbankan tenaga dan masa mereka untuk membantu di Padang, Indonesia. Semoga Tuhan memberikan keredhaan-Nya.

Saya sekarang memboikot apa sahaja rancangan Indonesia di TV. Saya juga sangat sakit hati dengan permintaan tidak logik RM25 sejam untuk pembantu rumah. Kes-kes pecah rumah, rompak, ragut, dlln banyak membabitkan orang Indonesia.

Semoga rakyat Indonesia sedar kita satu bangsa, satu rumpun, jika Islam, satu agama! Tak perlulah ugut-ugut kami dengan penyapu, buluh runcing, dan ada hati nak ganyang Malaysia! Tuhan itu Maha Adil, Maha Pengasih, Maha Penyayang. Tuhan itu Maha Kuasa, Tuhan boleh bagi balasan pada anda kalau bukan di akhirat, di dunia – CASH!